Sunday, September 8, 2013

Berangkatlah !

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap org ada bahagian dan posisi masing2 dlm menggerakkan usaha dakwah. Selaku khalifah dimuka bumi ini kita tdk dpt lari daripada amanah yg telah dipertanggungjawabkan kpd kita.

dari pagi sehingga ke petang,ada sahaja tugas dan kerja2 yg perlu dilunaskn shgga tiada ruang utk diri ini beristirehat.
dan shgga jasad ini terasa begitu letih dan lelah utk meneruskan saki-baki kerja utk esok hari.

Baru shj kepala diletak di atas bantal. satu message masuk.
"Perjumpaan pd mlm ini adalah WAJIB.Setiap org ada kerja msg2."

Saya membuka mata dan kembali memejam rapat. cuba mencari kekuatan."Allahu.." terasa begitu berat menerima arahan dlm keadaan diri terasa letih yang teramat sangat.

Esok ada observation pensyarah. Kerja. dan 24hours kerja. hatta menngadap fb, masih ada meeting online.

terngiang2 ayat 41,surah At-Taubah..yang sering dibacakan oleh shbt2 dlm liqa' usrah. Sering meniti dibibir-bibir murabbi tercinta. dan ayat ini tidak akan bermakna tanpa dibuktikan dengan amal.

“ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwa pada jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
(At Taubah, 9:41)

Hampir sahaja nafsu tidur menewaskan saya. Sahabat sebilik menegur, "Tak pergi meeting?"

"Pergi.." saya bangun perlahan2.Menggagahkan diri mencari kekuatan.Di dalam hati saya terus berdoa semoga Allah terus mengurniakan kekuatan buat saya melawan perasaan mengantuk dan lemah.

Di luar rumah,hujan renyai-renyai. Skuter hijau menjadi peneman sy utk malam ini. sy bisik pd diri "Ini adalah jihad!". Sem0ga Allah redha,
ya..! saya bangkit! untuk hari ini mungkin saya berjaya..esok,lusa belum pasti..

Sahabat2, doakan supaya kita semua istiqomah menjalankan amanah selaku khalifah Allah dimuka bumi ini.

[Siapalah sy utk menulis perihal dakwah dan istiqomah. Lihat shj kehidupan murabbitun yg hebat. Masa mereka, kerja mereka. Allah sahaja yg tahu. Sistematik dan praktikal.]

moral of the story ;
1. wlu ssh,wlu payah.Jika itu adlah seruan jihad, maka sambutlah dgn hati yg riang.
2.Pilih kwn yg baik. Shbt yg baik akan sentiasa membantu kita menunjukkan jalan yg Allah redha.
3.Persiapkan diri utk jd syabab yg dirindui Ummah.

Kita sebenarnya adalah permata. Permata yg harus digilap menyerlahkan kecantikan ISLAM.

Wallahu'alam.

1 comments:

Cart Kartika said...

subhanallah.. perkongsian yg sgt bagus.. teruskan menulis.. ika suka blog ni.. =)

Post a Comment