Sunday, March 2, 2014

Syahid yang dirindu..

Assalamualaikum...
sahabat yang dicintai kerana Allah.
Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNYA.

Sebuah puisi untuk diri untuk membangkitkan rasa rindu. Juga buat teman-teman yang punya tujuan yang sama. Insyaallah,
_________________________________________________________________________________

Adakala lalai menghimpit jiwa,
tapi kita harus kuat menerobos awan lalai,
yang kian menebal pada dinding hati.

Aku mahu jadi insan hebat.
dimata DIA yang paling bernilai.

Roda masa lambat berputar
Aku mahu pantas berada dekat disamping DIA.
Aku mahu DIA tahu betapa aku dahagakan cintaNYA.
Ternyata cukup sukar merasai cinta kudus yang hakiki.

Aku. Bagaikan pelarian terhormat
Berlari-lari kesana kemari,
Kadang jatuh kadang berdiri,
Untuk kugapai sebuah kejayaan

Kejayaan dimata DIA
Kejayaan menjadi hamba pilihan
Kejayaan dilihat mulia disisiNYA.

Cemburu.
Cemburu aku pada mereka.
Syuhada' yang berada setia disamping DIA.
Doakanku menjadi seperti mereka.

Mereka yang hidupnya Mulia.
Mati syahid dalam perjuangan membela ISLAM.

Ahmad Ammar! para syuhada' sekalian!
Tunggu aku, doakan aku, lulus di medan dunia.

Allahu rabbi. T___T
_________________________________________________________________________________
Duhai diri, berusahalah mencapai mampu!

*syartiyyah,muaqobah.-noted



0 comments:

Post a Comment