Sunday, March 2, 2014

yang Sedikit Itu Banyak!


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dicintai,
Pagi ini saya tidak dapat melelapkan mata.

Today is monday morning!
bermakna pagi ini saya akan mula bertugas seperti biasa sebagai
guru praktikum di SK Seri Kelebang,Chemor.Perak.
Alhamdulillah.

Rasa sangat rindu untuk berkongsi dilaman ini bersama dengan pencinta ilmu sekalian.
Bagi saya setiap yang rajin membaca pasti mencintai ilmu.

Baik,cerita saya kali ini adalah berkenaan "Kasihnya Allah pada kita."
Bunyi macam biasa ja kan?? tapi hakikatnya saaangat luar biasa. Cinta DIA Maha Luas!

Nak tahu apa yang saya rasa??

1.Spek mata saya yang sudah patah dua,alhamdulillah biiznillah sudah berganti baru. Hampir tiga bulan saya kehilangannya. Tunggu elaun masuk semester ini baru mahu beli baru. Spek lama sudah tidak boleh dibaiki lagi.Alhamdulillah berganda-ganda syukur bila power pun turun mendadak! Alhamdulillah. Hebatkan kasih sayang Allah. Kita kena SABAR dengan tiap dugaan yang diberikan.

2. Hampir enam bulan lalu saya berasa tidak sihat dan mengalami beberapa simptom penyakit kronik. Saya takut mahu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan awal. Hampir kebanyakan tanda-tanda penyakit kronik tersebut ada pada saya. Hasil nasihat beberapa orang sahabat karib dan rakan usrah, mereka sangat meminta saya berjumpa doktor. Akhirnya, setelah mengumpul kekuatan dan mengadu kepadaNYA saya berjaya melawan rasa takut untuk menjalani pemeriksaan.

Ketahuilah,sahabatku sayang. Keputusan yang doktor berikan bagai dalam mimpi! saya tidak sangka hebat dan Maha Luasnya Kasih Allah pada insan kerdil ini. Saya rasa bagai dipeluk dan dibelai kasihnya DIA. Saya sujud syukur setelah doktor memberi tahu keputusan pemeriksaan kesihatan saya adalah bebas daripada penyakit tersbut.Terharunya saya hanya DIA yang mengetahui...T___T Hari itu antara hari bahagia dalam hidup saya.Mahu sahaja saya menjerit "SAYA SAAAAYANG ALLAH".

Semoga Allah tambahkan rasa cinta saya terhadapNYA berganda-ganda. Nikmatnya ya Allah merasai ujian ini.Engkau yang memberikan ujian, Engkau jua yang memberikan jalan keluar. Maha Suci Allah.

3.Sudah lama saya menunggu jawapan daripada DIA berkaitan sesuatu yang besar dalam hidup saya. Sesuatu yang bakal menjadi wadah perjuangan saya suatu masa nanti. Alhamdulillah, ternyata penantian demi penantian.Ujian demi ujian. Terrlalu banyak perkara yang perlu dilalui untuk merasakan sesuatu yang indah. Alhamdulillah,berkat doa ibu ayah, sahabat handai akhirnya penantian itu sudah hampir terlerai. Terima kasih ya Allah. Walau selama ini kutempuh jalan yang berliku untuk merasai nikmatnya berada di puncak gunung, kini kusudah mula melihat puncak gunung yang berada dihadapan. Semoga Allah mempermudahkan urusan.
Saya yakin dengan magik yang Allah selalu lakukan dalam hidup saya! saya yakin Allah sebaik-baik perancang dan pelaksana.

4.Dua semester lalu, rakan-rakan praktikum mempunyai beg buku RPH yang sangat cantik dan menarik. Oleh kerana harganya yang agak mahal(pada saya), Saya tangguhkan terlebih dahulu keinginan untuk memilikinya. Alhamdulillah,siapa sangka semester ini Allah hadiahkan saya beg idaman tersebut dengan rekaan corak yang amat memukau! saya sukakannya! walaupun harganya agak mahal. Tapi saya tahu, Allah izinkan saya untuk memilikinya pada semester ini. Saya makin terharu. Kaaasihnya Allah pada saya.

5.Baanyak lagi cerita-cerita yang ingin saya kongsikan tetapi masa mencemburui. Saya hanya ingin sahabat sekalian tahu,bahawa bertuahnya kita menjadi hambaNYA.Saya suka! Saya suka!

Allahu rabbi,
Pandanglah kami,
Campurilah urusan kami dengan panduan dan petunjukMU,
Jadikanlah perjalanan hidup kami perjalanan yang engkau redhai.
Suburkanlah kecintaan kami kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

Ilahi,
Hanya engaku yang aku maksudkan.
Dan redhaMUlah yang aku tuntunt.

Amin ya Rabb.

_________________________________________________________________________________
Sebelum terlena.Satu pesanan murabbi yang melekat dalam ingatan saya. "yang SEDIKIT itu BANYAK!". Jangan sangka nikmat yang kecil itu sedikit sedang ia boleh menjadi banyak.Ingatlah firmanNYA di dalam surah Ibrahim,

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,.."

Sekian,wassalam.

0 comments:

Post a Comment