assalamualaikum w.b.t.
malam ini saya tidak dapat melelapkan mata kerana fikiran saya terganggu. bimbang. dan risau kerana masih ramai diluar sana yang berfahaman ateis. andai saya sebagai orang islam yang tahu dan beriman bahawa Allah s.w.t itu wujud dan ada. kenapa tidak saya kongsikan bersama anda.
fahaman ateis menafikan kewujudan tuhan. Hal ini sangat melampau dan diluar fitrah/tabii seorang manusia yang memerlukan tuhan.
cuba anda perhatikan, terdapat bukti2 yang boleh saya kemukakan disini melalui hasil pembacaan saya :
1.sekiranya Tuhan tidak wujud. bagaimana kita boleh wujud sekarang?
-mustahil dengan sendirinya.
*dengar sini baik-baik, tidak pernah wujud istilah KEBETULAN dalam mana-mana ilmu sekalipun.
sebagai contoh, cuba kita perhatikan. kandungan oksigen hanya mengandungi 21% dalam ruang udara,sekiranya terlebih secara automatik kita semua terbakar dan sekiranya berkurangan, kita tidak dapat bernafas. nah,siapakah yang mengaturkan semua ini? mungkinkah secara kebetulan??
lagi, cuba kita fikirkan aliran darah dalam tubuh kita. sekiranya titisan darah yang mengalir dalam badan kita membeku dalam takungannya walaupun sebesar ibu jari, pasti ada anggota yang terasa kebas @ mengalami kesakitan teruk.Kadang-kadang, masalah aliran darah yang tersumbat pada mana-mana anggota yang mengakibatkan kesakitan teruk terpaksa dipotong.
lagi,cuba perhatikan baik-baik.dalam tubuh kita mempunyai banyak organ. dalam dalam organ mempuyai berjuta-juta sel. dan siapakah yang telah mencipta berjuta-juta sel itu? dan bagaimana ia diciptakan?
terbukti, jasad kita direka dengan unik sekali hingga doktor-doktor yang mengkaji mata manusia sahaja memerlukan masa sekitar 16 hingga 17 tahun bagi menjadi pakar dalam bidang tersebut.
-tidak munasabah, jika mereka dikatakan mengkaji benda-benda yang terjadi secara kebetulan dengan jangka masa yang begitu lama hanya utk menjadi pakar. bukankah ianya satu pekerjaan yang sia-sia? sudah satu kebetulan, kenapa perlu dikaji lagi?
saya yakin dan pasti banyak lagi fakta-fakta yang anda hafal dan terakam kemas dalam memori anda mengenai keanehan penciptaan makluk dibumi ini. Bukan itu sahaja bahkan aturan bumi ini, seolah-olah diprogramkan setelah malam adanya siang dan begitu juga dengan semua kejadian dialam ini bahkan dialam yang lain. Pasti dan pasti Tidak ada satupun berlaku secara kebetulan.
rakan-rakan yang saya kasihi. Sebenarnya, saya bersimpati. dan rasa sedih. Seharusnya, setiap orang yang berfikiran waras pasti akan kembali kepada ajaran ISLAM. sebenarnya, ajaran ISLAM adalah asal dan fitrah kita.cukup. itu saja yang mahu saya sampaikan hari ini.
cuba renung dan fikir. Apa tujuan kita diciptakan dan bagaimana pengakhiran hidup kita? semua itu terjawab dalam ISLAM.ingat,ISLAM is the way of life.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment