Monday, April 23, 2012

Multilingual penting dalam diri seorang daie!

Assalamualaikum.
Sahabat-sahabat. Satu perkara yang saya nak kongsi disini. KITA KENA KUASAI BANYAK BAHASA (Multilingual). Saya yakin anda semua sudah sedia maklum kepentingannya. Saya juga pernah terfikir dan memasang angan-angan untuk mahir dalam b.arab. anda juga mesti ada bahasa yang ingin anda kuasai bukan? spt b.korea? jepun? dan yang utama sekarang b.inggeris? ohh.tidak. saya sangat lemah b.inggeris.

alkisah terjadi pada suatu petang. Saya menaiki bas dari Alor Setar ke Butterworth. Kemudian dari Butterworth ke Ipoh. Bas lompat-lompat. Tiket dari Alor Setar terus ke Ipoh sudah habis, jadi inilah satu-satunya cara bagi mengatasi masalah untuk sampai juga kedestinasi yang dituju.
Dalam perjalanan, saya cuba menggunakan masa yang ada dengan menyiapkan assignment di dalam bas. Hal ini kerana, kesuntukkan masa yang ada kerana esok hari assignment perlu dihantar. Tanpa saya sedari, ada seseorang sedang memerhati saya dari arah belakang. rupanya dia bukan orang Malaysia, tetapi mat salleh. saya tak tahu dia daripada negara mana. yang pasti dari benua Eropah. Bumi kanggaroo.

"wah, kamu menulis dalam bahasa arab" sapanya dari arah belakang. Anehnya, dia fasih berbahas arab.
"ya, saya tahu sedikit-sedikit sahaja" balas saya spontan.
"tetapi bahasa kamu amat bagus" puji beliau sambil memerhati tulisan saya di skrin laptop.
"memang la bagus, ini tulisan ustaz saya.saya cuma meng'edit'nya sahaja" (berkata saya dalam hati)

ya Allah, andai saya mahir berbahasa mahu sahaja saya memanjangkan kalam. boleh bertukar-tukar pandangan dengannya mengenai budaya, bangsa yang banyak bezanya. Yang utama dapat saya berdakwah dan ceritakan tentang kebenaran Islam. Malangnya, kalam saya terhenti disitu. Dia cuma tersenyum dan berlalu pergi membiarkan saya meneruskan kerja. Dalam hati, saya rasa malu dan rugi. Malu kerana tidak tahu berbahasa sedangkan banyak peluang-peluang yang ada untuk saya tingkatkan kemahiran bahasa arab khususnya. Kedua, rugi sebab tidak boleh meneruskan perbualan.

Minda saya melayang sejenak. sampai ke Baitullahil haram, saya berangan-angan menunaikan umrah.bertawwaf. dan dalam pada itu, saya berfikir bagaimana dakwah ini akan meluas sekiranya masalah komunikasi ini berlaku? penghalang pemindahan proses maklumat. Nanti disana, saya akan menemui ramai orang dari pelbagai negara, benua dan bangsa. Bagaimana harus saya menghadapi mereka tanpa boleh bertanya khabar dan bertaaruf sesama saudara saya. pasti rasa kecewa. Menemui saudara sendiri dengan hanya mampu tersenyum. Ianya suatu kerugian.

Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk memperkemaskan b.arab yang sedia ada. untuk masa hadapan umat islam. bagi sahabat-sahabat saya yang mahir berbahas inggeris untunglah kalian sudah berjaya memecah tembok penghalang menyampaikan dakwah kepada golongan berkulit puteh. Insyaallah,ayuh sama-sama berusaha tingkatkan penguasaan bahasa!

0 comments:

Post a Comment