saya tidak tahu apekah perasaan yang sedang menghantui fikiran saya. saya rasa mahu menulis. wajib. kerana papan kekunci ini sudah lama tidak digerakkan untuk manfaat orang lain. kamu!. kamu yang sedang membaca adalah menjadi tanggungjawab saya menyebarkan kebenaran. Sebarkan kebenaran adalah pekerjaan yang mulia.
Pertama sekali, saya mahu menyatakan hati saya sangat benci kepada negara Barat khususnya Amerika. Amerika. mereka telah mendoktrinkan perkara yang diharamkan oleh Islam menjadi halal. Contoh mudah, couple, arak, dedah aurat, menonton video lucah, menyertai pertandingan ratu cantik. (saya rasa sedang dirasuk oleh tulisan Emine Syenlikoglu).
anda tahu? berapa ramai masyarakat muda-mudi hari ini berbangga dengan pakaian barat, fesyen terkini artis-artis mereka. Semua ini menyesatkan kita umat ISLAM!. Mereka cuba menerobosi tembok kita. Tembok menjaga segala etika dan syariat Islam. Muslimah kita, habis rosak dengan fesyen tudung yang ntah apa2. sedikit demi sedikit mereka cuba mencucuk jarum membina lubang. Lubang yang kecil akhirnya menular merebak menjadi besar, melibatkan isu aqidah pula.
anda jangan terpedaya,mereka punya tipu muslihat. Negara-negara Islam tidak dibenarkan untuk menjalankan industri jentera berat seperti jet pejuang, kereta kebal. Bahkan hanya mengawal kita supaya tumpu kepada bahan mentah seperti kapas, biji-bijian dan seumpamanya. Pernahkah anda terfikir mengapa? mereka cuba mengongkong kita. Supaya kita sentiasa berada dibawah mereka. Ahh! saya tidak peduli. Allah lebih berkuasa daripada mereka. Sebenarnya, merekalah pengecut! mereka boleh menakhluk palestin dengan tangan angkuh menggunakan segala teknologi canggih. Memang adat, orang yang kuat fizikal akan menang dengan orang yang lemah. Kalau benar handal, mengapa tidak lawan sesama kuat.
Semua ini mengarut. Amerika! mencipta segala alatan canggih. untuk apa? dan untuk siapa? untuk siapa mengeluarkan pistol-pistol? mencipta bom-bom? untuk siapa lagi kalau bukan untuk umat Islam. KAMI UMAT ISLAM TIDAK PERNAH BERFIKIR UNTUK MENGHAPUSKAN NON-MUSLIM. TETAPI KAMI HANYA TAHU BERFIKIR BAGAIMANA UNTUK MENYELAMATKAN KAMU DARIPADA API NERAKA. Ini yang nabi kami ajarkan.
Ohh..beginikah cara pemikiran barat? sungguh bertamadun. Mahu umat Islam saling bermusuhan, berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Anda nilai sendiri, manakah yang baik dan mana yang buruk!
Wahai saudara-saudara seaqidahku, aku tidak mahu mengajarkan yang salah. Kita perlu sedar diri! umat Islam dalam bahaya. Dari dahulu sehingga kini, bahkan saat ini kita diserang dari semua arah. bertubi-tubi. tanpa henti. dari segenap penjuru arah. Pasti ada yang gugur dan jatuh. Jatuh sebagai syahid. itu satu kemuliaan. tetapi ada yang jatuh berputus asa dari rahmat Allah! satu penghinaan!
Allahumma, ya muqallibal qulub..thabbit qulubana a'la dinik wa a'la toatiq wa a'la jihadi fisabiliik
pesanku buat diri dan semua : kita perlu menjaga diri, keluarga,dan sahabat-sahabat kita. jangan biar hanyut, jauh daripada Allah.Jaga. jaga. dan jaga.Jagalah jangan sampai tersasar ke neraka. nauzubillah min zalik
to non-muslim : anda perlu tahu agama ISLAM bukan terrorist. kami sekali-kali tidak diajar begitu. semua ini prejudis. sikap orang barat yang suka menyebarkan sesuatu tanpa usul periksa.hanya untuk kepentingan mereka. anda perlu nilai, dan buatlah keputusan..disana pasti anda temui.
~orang yang waras pasti kembali kepada ajaran ISLAM~
wallahi,lillahi taala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment