Sunday, September 30, 2012

Gerak Kerja Islam II

Selawat dan salam buat junjunagn mulia, nabi Muhammad salallahu alaihi wassalam..ahli bait dan para sahabat..-Al-Fatihah- buat baginda,ahlul bait, para sahabat, tabi' tabi'in,mujahidin, para syuhada' alim ulama', datuk-datuk dan nenek-nenek serta saudara mara kita yang telahpun kembali ke rahmatullah..

Alhamdulillah, menyambung entry yang lepas berkenaan gerak kerja Islam..

Pendek cerita, MISA berjalan dengan jayanya. walaupun keesokan harinya timbul kontroversi dan sebagainya biarlah itu menjadi ibrah dan pahit yang perlu ditelan oleh yang mengetahuinya.Adat berjuang, pasti ada lukanya.Insyaallah, MISA berlangsung sewaktu saya di tingkatan empat, atas inisiatif sendiri (maksud saya bersama rakan-rakan) tanpa arahan guru, kami mencetuskannya.

Mungkin daripada pemerhatian guru tanpa sedar, pada tahun 2008 iaitu semasa di tingkatan lima kami dilantik menjadi MPP. Majlis perwakilan pelajar iaitu sama sahaja fungsi seperti pengawas di sekolah-sekolah lain. Cuma, cikgu Salleh ketika itu telah mengishtiharkan penukaran nama pegawas kepada Majlis Perwakilan Pelajar dengan tuan pengetua. Masuk tahun ini, tahun kedua gelaran MPP digunakan. Uniform kami berwarna ungu, tajaan sekolah sepenuhnya.

 Gambar kenangan : Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008
bersama guru disiplin sekolah, Cikgu Salleh

Mulai saat itu, saya dan rakan-rakan seperjuang semakin aktif menjalankan gerak kerja Islam. Bagi kami, apa sahaja yang dilakukan perlu disertai dengan keikhlasan semata-mata ingin menggapai mardhatillah. Alhamdulillah, pada tahun itu urusan kami dipermudahkan. Berkat mempunyai warden yang prihatin dan sangat mengambil berat akan para pelajarnya, kami diberi bilik khas di aras bawah.

8 orang satu dorm,sangat selesa dengan kemudahan seterika dan bilik pantry selang beberapa bilik sahaja. Mudah untuk bergerak ke sana ke mari melunaskan kerja sebagai pemimpin pelajar. Lapan orang kami dengan dua orang lagi MPP yang berada di aras atas pada masa itu.. ukhti Asma' Afifah dan Nurul Amnani yang sangat hebat. Sering berbincang tidak kira waktu dan penat untuk membuat penambahbaikan dan pembentukan jiwa-jiwa yang memerlukan perhatian dan layanan. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak..usia remaja yang sering memberontak dan sukar menerima teguran dan nasihat menuntut kesabaran yang maksima.

Perkara yang tidak dapat dilupakan adalah konsert Inteam 2007 dan konsert Mestica 2008 yang berjaya dianjurkan. Idea dicetuskan sewaktu saya dan sahabat karib, ukhti Sakinah bersembang-sembang. Waktu prep malam, malam itu merupakan antara malam-malam terawal memasuki sekolah.Awal tahun dan belum ada kerja sekolah yang diberikan. Pelajaran pun masih ada yang belum bermula. di kelas empat Ibnu Rusyd. Akhirnya, perbualan yang dimulai dengan lawak dan bual-bual kosong mencetuskan ilham untuk mengadakan konsert Malam Simfoni. Setelah bersetuju untuk menjadikan ilham ini menjadi serius, kami bergegas menemui seorang rakan, ukhti Zulaihah (kini sedang menuntut disalah sebuah Universiti di negara Korea) yang pada masa itu merupakan MPP di sekolah.

Akhirnya, kertas kerja disiapkan dan naik bersembang dengan kauselor cikgu Bukhari untuk mendapat sokongan daripada pihak guru sebelum berjumpa dengan Pengetua Sekolah, Ustaz Haji Alias pada ketika itu. Alhamdulillah, berkat sokongan guru dan penerimaan positif yang diterima. Pada hari dan minggu berikutnya kami bertemu dengan Pengetua Sekolah untuk mendapatkan keizinan. Beserta doa dan tawakkal yang tinggi kepada Allah subahanahu wataala. Pada mulanya, harapan kami sangat tipis lantaran memikirkan dana yang banyak. Sebelum ini, belum pernah ada pr0gram-pr0gram yang melibatkan jemputan artis di sekolah. Pengetua agak bimbang. Namun, beliau memuji usaha baik ini. Akhirnya, setelah menerangkan objektif dan membuat perbincangan disamping menaikkan nama sekolah, ustaz bersetuju menandatangani kertas kerja namun soal urusan kewangan diserahkan kepada kami seratus peratus. Pihak sekolah tidak dapat mengeluarkan perbelanjaan untuk pr0gram tersebut.

Walaubagaimanapun, kami berasa amat bersyukur kerana Ustaz Alias sedia menerima cadangan ini dan memberi sokongan m0ral. Perkara yang melucukan saya ketika itu, adalah saat menghubungi kumpulan nasyid In-Team. Masih segar diingatan saya, Ukht Sakinah menggunakan perkhidmatan public phone di kantin untuk menghubungi mereka. Ketika itu, saya dan beberapa orang rakan lagi mengelilingi ganggang telefon untuk mendengar perbualan mereka. Rupa-rupanya PA yang menjawab panggilan bukannya artis tersebut. Lerai tawa kami ketika itu. Masing-masing pada awalnya teruja untuk mendengar suara artis. Mati kutu.

Alhamdulillah, pelbagai urusan dan karenah yang perlu dihadapi. Bunyi itu dan ini disana sini. Akhirnya, tiba saat dan hari yang ditunggu-tunggu. Persiapan rapi telah pun dibuat untuk menerima kehadiran kumpulan nasyid ulung di Malaysia, Inteam.

 Gambar kenangan kumpulan inteam bersama cikgu Hafizan,ketua warden (kanan sekali),
cikgu Bukhari (dua dari kanan) bersama anaknya dan ustaz (paling kiri).

Gerak Kerja Islam I

Assalamualaikum w.b.t

Sekadar berkongsi rasa dan cinta. Malam ini ingin berkongsi mengenai pengisian yang disampaikan oleh seorang murabbi yang saya kagumi. Beliau berpesan kepada kami semua, anak-anak usrahnya supaya bersungguh-sungguh dalam melakukan gerak kerja Islam..
 

Saya yakin dan percaya bahawa anda yang membaca laman ini turut terlibat dalam mana-mana persatuan islam di kampus seperti Biro Ker0hanian dan Moral di IPG saya. Di Universiti, mungkin ada Rakan Masjid, IMAD di Uitm Seri Iskandar..PGPI di IPG Perlis dan pelbagai lagi nama. Sebenarnya sedar ataupun tidak objektif yang dibawa adalah sama. Meninggikan kalimah Allah di bumi tempat kita berpijak. Biar syiar Islam tersebar luas. Amalan agama Islam dijadikan sebati dalam jiwa dan nurani umat Islam.Bukan Islam pada nama semata-mata.

Insyaallah, samada terlibat secara langsung ataupun tidak, biarlah kita seorang yang ikhlas. Ikhlas menjalankan amanah dan kerja yang telah diberikan. Lantaran,jika tidak terlibat dalam persatuan seperti ini janganlah pula menjadi batu penghalang kepada tertegaknya Islam. Biar kita menyokong dan membantunya sekadar kemampuan yang ada.

Alhamdulillah, hingga kini saya masih diberi peluang dan ruang oleh Allah s.w.t untuk sama-sama menggerakkan tarbiah dan dakwah di tempat saya menuntut. Semasa di sekolah menengah, saya terlibat dalam BADAR. Badan Dakwah dan Rohani di SMKA Sik. Berkat usaha senior-senior dan guru-guru agama, usrah dijalankan setiap minggu walaupun menghadapi pelbagai kekangan.

Saya masih ingat di sekolah, setiap hari jumaat semasa muslimin ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Kaum hawa berkumpul di surau Raudhatul Abrar untuk mendengar pengisian dan tazkirah oleh kakak-kakak yang telah diberi mandat untuk mengelolanya. Dalam pengisian tersebut, pelbagai ilmu dan info baru yang diterima khususnya membincangkan mengenai hal ehwal muslimat. Sungguh berminat saya ketika itu. Sehinggalah apabila saya menjadi senior, saya pula menggantikan kakak-kakak tersebut untuk memberi pengisian. Alhamdulillah, berkat tarbiah ustazah dan kakak-kakak yang dekat hatinya pada Allah s.w.t.


Biarpun begitu, hari makin hari berlalu..tarbiah kepada rakan-rakan dan adik-adik terus berjalan..adakala meningkat dan adakala menurun..dari segi bilangannya.Bila sedikit yang hadir, mula rasa kecewa dan putus asa. Tercari-cari dimana silapnya. Pada saat itu, dapat dirasakan fikrah yang ada pada para pelajar yang bersekolah agama masih belum jelas dan perlu diberi penekanan. Walaupun besekolah di sekolah yang menekankan perihal agama namun masalah aurat, couple, buli dan sebagainya masih wujud. Budaya ini jelas membuktikan fikrah para pelajar belum jelas.

Alhamdulillah, dengan bantuan dan berkat doa para asatizah dan sahabat-sahabat seperjuangan.. pengisian dan tazkirah terus berjalan bagi mengisi kelompangan yang ada. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan, mengisi papan-papan kenyataan dengan bahan-bahan ilmiah, edaran fliers, terbitan buku buat muslimat secara bulanan (saya masih ingat harganya RM2.00 senaskhah), memasang lagu-lagu nasyid pada hujung minggu di PA System asrama. Paling kemuncak, program Malam Inspirasi  Seni Astrimasi  (MISA). Lebih kurang malam kebudayaan asrama puteri. Hanya muslimat yang terlibat dalam program ini. Antara objektifnya mengeratkan ukhuwwah sesama senior dan junior.

Program ini tercetus hasil perbincangan beberapa orang rakan. Kami bersepakat berjumpa warden dan membentangkan rancangan kami. Lantaran isu masalah senior dan junior yang sering melanda, kami mengemukakan cadangan. Dalam pr0gram ini, adanya persembahan mengikut d0rm. Mahu tidak mahu, junior dan senior harus bersepakat dan bekerjasama untuk memastikan persembahan yang terbaik pada malam berkenaan.Juri adalah dalam kalangan warden perempuan juga.

bersambung..

Ketenangan jiwa

Bismillahirrahmanirrahim..
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Mengenangkan dosa-dosa yang lalu, membuatkan hati yang keras menjadi lembut.. rasa senang menjadi hiba, sanggup dan tergamaknya kita melakukan perkara dusta sedangkan nikmat Allah sering melimpahi siang dan malam.tidak pernah putus walau sesaatpun..

Darah yang mengalir dengan lancar ke setiap organ badan, sistem penghadaman yang teratur, nikmat bernafas dengan selesa yang jarang sekali kita syukuri..Inilah namanya hamba. Hamba yang leka dan lalai dengan dunia. Nauzubillah.. bila harta jadi buruan, diletakkan di hati bukan di tangan. Hancurlah jiwa di dalam jasad,.

Bagaimana untuk mendapatkan ketenangan jiwa? Jiwa sebenarnya elemen penting dalam kehidupan. Jiwa yang bersih, kuat mampu menghadapi ujian dan dugaan dengan tabah dan cekal. Jiwa yang sihat dapat membantu kita berfikir dengan rasional. Jiwa yang bersih lahirnya dari keimanan dan kecintaan yang kuat terhadap Allah s.w.t.

Apakah tanda seseorang itu telah mencapai ketengan jiwa? Adakah dengan memiliki anak-anak yang ramai dan kesemuanya telah berjaya dalam bidang masing-masing. Atau adakah dengan memiliki rumah besar dan kereta mewah..Atau adakah berjaya mendapat PHd itu dikatakan mendapat ketenangan jiwa? Adakah itu ukuran seseorang yang mendapat ketenangan jiwa??

Muslimin muslimat, mukminin mukninat,

Tanda seseorang yang mencapai ketenangan jiwa adalah dengan rasa syukur yang sering dizahirkan kepada Tuhannya saat menerima apa sahaj daripada Tuhannya..Samada dikurniakan kesenangan ataupun ditimpa ujian... rasa syukur yang membaluti hamba itu sebenarnya menunjukkan ketenangan jiwa yang telah dirasainya.. Insan, harus menerima takdir, ketentuan yang telah ditetapkan Tuhannya..Redha dengan setiap perhitungan..kerana DIA tahu apa yang diperlukan oleh hambanya..

Jangan gusar dan cemburu dengan rezeki orang lain..kerana Allah tahu apa yang diperlukan oleh kita.. DIA yang menciptakan kita.. Setiap manusia ada bahagian rezekinya masing-masing. Jadi, jangan ada sifat iri hati melihat orang lain lebih kaya daripada kita. lebih cantik dan bergaya daripada kita. lebih bijak dan cerdik daripada kita..kerana itu rezeki mereka..dan rezeki kita juga telah tersedia olehNYA..yang terbaik untuk tiap-tiap hambaNYA,

Wallahua'lam

Wednesday, September 5, 2012

Aidilfitri

Ucapan selamat menyambut aidilfiti
maaf zahir & batin
daripada Mohd Jamil sekeluarga kpd seluruh
muslimin & muslimat



lokasi : rumah tok di kg Lubuk Keriang,Langgar, Kedah Sejahtera =)