Selawat dan salam buat junjunagn mulia, nabi Muhammad salallahu alaihi wassalam..ahli bait dan para sahabat..-Al-Fatihah- buat baginda,ahlul bait, para sahabat, tabi' tabi'in,mujahidin, para syuhada' alim ulama', datuk-datuk dan nenek-nenek serta saudara mara kita yang telahpun kembali ke rahmatullah..
Alhamdulillah, menyambung entry yang lepas berkenaan gerak kerja Islam..
Pendek cerita, MISA berjalan dengan jayanya. walaupun keesokan harinya timbul kontroversi dan sebagainya biarlah itu menjadi ibrah dan pahit yang perlu ditelan oleh yang mengetahuinya.Adat berjuang, pasti ada lukanya.Insyaallah, MISA berlangsung sewaktu saya di tingkatan empat, atas inisiatif sendiri (maksud saya bersama rakan-rakan) tanpa arahan guru, kami mencetuskannya.
Mungkin daripada pemerhatian guru tanpa sedar, pada tahun 2008 iaitu semasa di tingkatan lima kami dilantik menjadi MPP. Majlis perwakilan pelajar iaitu sama sahaja fungsi seperti pengawas di sekolah-sekolah lain. Cuma, cikgu Salleh ketika itu telah mengishtiharkan penukaran nama pegawas kepada Majlis Perwakilan Pelajar dengan tuan pengetua. Masuk tahun ini, tahun kedua gelaran MPP digunakan. Uniform kami berwarna ungu, tajaan sekolah sepenuhnya.
Gambar kenangan : Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008
bersama guru disiplin sekolah, Cikgu Salleh
Mulai saat itu, saya dan rakan-rakan seperjuang semakin aktif menjalankan gerak kerja Islam. Bagi kami, apa sahaja yang dilakukan perlu disertai dengan keikhlasan semata-mata ingin menggapai mardhatillah. Alhamdulillah, pada tahun itu urusan kami dipermudahkan. Berkat mempunyai warden yang prihatin dan sangat mengambil berat akan para pelajarnya, kami diberi bilik khas di aras bawah.
8 orang satu dorm,sangat selesa dengan kemudahan seterika dan bilik pantry selang beberapa bilik sahaja. Mudah untuk bergerak ke sana ke mari melunaskan kerja sebagai pemimpin pelajar. Lapan orang kami dengan dua orang lagi MPP yang berada di aras atas pada masa itu.. ukhti Asma' Afifah dan Nurul Amnani yang sangat hebat. Sering berbincang tidak kira waktu dan penat untuk membuat penambahbaikan dan pembentukan jiwa-jiwa yang memerlukan perhatian dan layanan. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak..usia remaja yang sering memberontak dan sukar menerima teguran dan nasihat menuntut kesabaran yang maksima.
Perkara yang tidak dapat dilupakan adalah konsert Inteam 2007 dan konsert Mestica 2008 yang berjaya dianjurkan. Idea dicetuskan sewaktu saya dan sahabat karib, ukhti Sakinah bersembang-sembang. Waktu prep malam, malam itu merupakan antara malam-malam terawal memasuki sekolah.Awal tahun dan belum ada kerja sekolah yang diberikan. Pelajaran pun masih ada yang belum bermula. di kelas empat Ibnu Rusyd. Akhirnya, perbualan yang dimulai dengan lawak dan bual-bual kosong mencetuskan ilham untuk mengadakan konsert Malam Simfoni. Setelah bersetuju untuk menjadikan ilham ini menjadi serius, kami bergegas menemui seorang rakan, ukhti Zulaihah (kini sedang menuntut disalah sebuah Universiti di negara Korea) yang pada masa itu merupakan MPP di sekolah.
Akhirnya, kertas kerja disiapkan dan naik bersembang dengan kauselor cikgu Bukhari untuk mendapat sokongan daripada pihak guru sebelum berjumpa dengan Pengetua Sekolah, Ustaz Haji Alias pada ketika itu. Alhamdulillah, berkat sokongan guru dan penerimaan positif yang diterima. Pada hari dan minggu berikutnya kami bertemu dengan Pengetua Sekolah untuk mendapatkan keizinan. Beserta doa dan tawakkal yang tinggi kepada Allah subahanahu wataala. Pada mulanya, harapan kami sangat tipis lantaran memikirkan dana yang banyak. Sebelum ini, belum pernah ada pr0gram-pr0gram yang melibatkan jemputan artis di sekolah. Pengetua agak bimbang. Namun, beliau memuji usaha baik ini. Akhirnya, setelah menerangkan objektif dan membuat perbincangan disamping menaikkan nama sekolah, ustaz bersetuju menandatangani kertas kerja namun soal urusan kewangan diserahkan kepada kami seratus peratus. Pihak sekolah tidak dapat mengeluarkan perbelanjaan untuk pr0gram tersebut.
Walaubagaimanapun, kami berasa amat bersyukur kerana Ustaz Alias sedia menerima cadangan ini dan memberi sokongan m0ral. Perkara yang melucukan saya ketika itu, adalah saat menghubungi kumpulan nasyid In-Team. Masih segar diingatan saya, Ukht Sakinah menggunakan perkhidmatan public phone di kantin untuk menghubungi mereka. Ketika itu, saya dan beberapa orang rakan lagi mengelilingi ganggang telefon untuk mendengar perbualan mereka. Rupa-rupanya PA yang menjawab panggilan bukannya artis tersebut. Lerai tawa kami ketika itu. Masing-masing pada awalnya teruja untuk mendengar suara artis. Mati kutu.
Alhamdulillah, pelbagai urusan dan karenah yang perlu dihadapi. Bunyi itu dan ini disana sini. Akhirnya, tiba saat dan hari yang ditunggu-tunggu. Persiapan rapi telah pun dibuat untuk menerima kehadiran kumpulan nasyid ulung di Malaysia, Inteam.
Gambar kenangan kumpulan inteam bersama cikgu Hafizan,ketua warden (kanan sekali),
cikgu Bukhari (dua dari kanan) bersama anaknya dan ustaz (paling kiri).
0 comments:
Post a Comment