bismillahirrahmanirrahim..menyambung penulisan yang lepas..
Alhamdulillah, konsert nasyid berjalan lancar dengan penuh gilang-gemilang..saya tak dapat nak gambarkan perasaan gembira tika itu. Sahabat-sahabat turut merasainya. Masing-masing tersenyum puas. Rasa gembira yang luar biasa. Rasa Allah sangat dekat, bantuanNYA..RahmatNYA..subhannallah. Program berjalan lancar dengan kekuatan daripadaNYA, dengan petolongan daripadaNYA..
Gambar kenangan bersama saf kepimpinan muslimat dan kumpulan nasyid sekolah
ditengah, Cikgu Norizan (Ketua Warden Perempuan) dan anak-anaknya.
Saudara Afnan,duduk tiga dari kanan merangkap pengarah program.
Julung-julung kalinya persembahan nasyid kumpulan In-Team di SMKA Sik.
Diringkaskan cerita, pada tahun 2008, sekali lagi kami mengorak langkah mencipta sejarah SMKAS buat kali keduanya menjemput kumpulan Nasyid Mestica. Malam Simfoni II. Alhamdulillah, kali ini walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi yang harus ditempuhi tetapi kami sudah ada pengalaman yang lepas. Tinggal hanya perbaiki dan atur strategi baru.Alhamdulillah, segala-galanya Allah bantu.Petang pr0gram yang kelihatan mendung seperti mahu hujan, tetapi dengan izin Allah s.w.t hujan tidak turun..kawasan yang berdekatan sekolah dibasahi hujan, namun di sekolah tiada setitik pun hujan. Berkat doa sahabat-sahabat yang hatinya ikhlas dan dekat dengan Allah s.w.t. Alhamdulillah..program begitu meriah sekali..sangat berpuas hati.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah..setelah lima tahun bersekolah di SMKA Sik pelbagai ilmu dan pengalaman yang diperoleh. Berbekalkan itu, saya menyambung pelajaran di SMA Makarimul Akhlak. Kurang lebih enam bulan di sana dengan cita-cita mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Namun, terkubur disitu kerana pada tarikh keramat 13.07.2009 saya menjejakkan kaki di bumi IPG Ipoh untuk mendaftarkan diri sebagai seorang guru pelatih. Dimana saja, Allah mengatur yang terbaik untuk saya.
Syukur di bumi IPG Ipoh ini saya mengenali usrah dengan lebih mendalam. Saya juga belajar erti tarbiah yang sebenarnya. Pada semester satu f0undation lagi, kami pelatih baru diserap masuk ke dalam Biro Kerohanian dan Moral. Ketika itu, saya dimasukkan ke dalam lujnah Tarbiah. Buat pertama kalinya saya mendengar nama lujnah seperti ini.Agak gugup dan gementar juga.Namun, lama-kelamaan berkat tarbiah dan tunjuk ajar senior-senior disini, saya mulai biasa dan senang untuk bergerak kerja.
Syukur Allah s.w.t memberi laluan yang seluas-luasnya untuk saya berada dalam biah yang baik seperti ini. Sahabat-sahabiah yang baik. Tidak lokek berkongsi ilmu dan buah fikiran. Sering mengambil berat antara satu sama lain. Semua ini nikmat yang tidak dapat saya tebus dengan apa-apa pun.Alhamdulillah,,syukur padaMu Ya Allah..

Gambar kenangan bersama ahli lujnah tarbiah,
Biro Kerohanian dan Moral IPG Ipoh
sesi 2010/2011
Syukur Allah s.w.t memberi laluan yang seluas-luasnya untuk saya berada dalam biah yang baik seperti ini. Sahabat-sahabiah yang baik. Tidak lokek berkongsi ilmu dan buah fikiran. Sering mengambil berat antara satu sama lain. Semua ini nikmat yang tidak dapat saya tebus dengan apa-apa pun.Alhamdulillah,,syukur padaMu Ya Allah..
Saya berasa sebak apabila memikir perjalanan hidup saya yang selalu Allah bantu dan lorongkan ke tempat yang baik. Allah terlalu baik buat saya. Namun adakah saya menggunakan nikmat ini sebaik mungkin? Ya Allah, banyaknya d0sa sedangkan rahmat Allah terus-terusan melimpahi hambanya..
Insyaallah, sahabat yang bersama-sama saya sewaktu di sekolah dulu..ukhti Sakinah Sofiuddin, ukhti fatimah Bukhari, Ukhti Syahida Haji Jamil, Ukhti Zur Aida Ahmad, Ukhti Asma' Afifah dan ramai lagi untuk dicoretkan di sini..
semasa di SMA Makarimul Akhlak, Ukhti Mardiah, ukhti farhana, ukhti adilah, ukhti hawa, ukhti huda, ukhti habibah dan semua =)
sem0ga ukhuwwah kita kekal hingga ke syurga! saling mend0akan antara satu sama lain.. Merindui kalian saat susah dan senang..memori yang tercipta antara kita terlalu manis untuk dikenang..ya, kadang-kala menitis air mata mengenangkannya..sungguh,inilah nimat persahabatan dalam Islam!
Wassalam..
1 comments:
subhanallah..mengimbau kenangan lalu... ^^
Post a Comment