Alhamdulillah,kerana cintaNYA,saya berpeluang bersama rakan-rakan bertalaqqi kitab Muhimmah di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Ipoh. Ilmu baru buat saya, umumnya kitab ini membincangkan bagaimana mencari keberkatan dalam rumah tangga.
Kehadiran amat memberangsangkan. Ramai yang hadir berbanding kuliah-kuliah lain mungkin disebabkan perkara yang dibincangkan sangat dekat dengan hati-hati mad'u. Mudah-mudahan dapat diteruskan komitmen seperti ini.
Hari ini hari pertama pengajian kitab Muhimmah. Bab pertama : Yang Ditakutkan Atas Tiap-tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya.
insyaallah, isinya saya akan update kemudian. Ada kerja yang perlu dilunaskan segera.
*Pengajian ini diadakan pada hari rabu, minggu yang pertama pada setiap bulan.
Sama-sama hadirkan diri, mengisi ilmu didada. Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment