Assalamualaikum w.b.t
Sekadar berkongsi rasa dan cinta. Malam ini ingin berkongsi mengenai pengisian yang disampaikan oleh seorang murabbi yang saya kagumi. Beliau berpesan kepada kami semua, anak-anak usrahnya supaya bersungguh-sungguh dalam melakukan gerak kerja Islam..
Saya yakin dan percaya bahawa anda yang membaca laman ini turut terlibat dalam mana-mana persatuan islam di kampus seperti Biro Ker0hanian dan Moral di IPG saya. Di Universiti, mungkin ada Rakan Masjid, IMAD di Uitm Seri Iskandar..PGPI di IPG Perlis dan pelbagai lagi nama. Sebenarnya sedar ataupun tidak objektif yang dibawa adalah sama. Meninggikan kalimah Allah di bumi tempat kita berpijak. Biar syiar Islam tersebar luas. Amalan agama Islam dijadikan sebati dalam jiwa dan nurani umat Islam.Bukan Islam pada nama semata-mata.
Insyaallah, samada terlibat secara langsung ataupun tidak, biarlah kita seorang yang ikhlas. Ikhlas menjalankan amanah dan kerja yang telah diberikan. Lantaran,jika tidak terlibat dalam persatuan seperti ini janganlah pula menjadi batu penghalang kepada tertegaknya Islam. Biar kita menyokong dan membantunya sekadar kemampuan yang ada.
Alhamdulillah, hingga kini saya masih diberi peluang dan ruang oleh Allah s.w.t untuk sama-sama menggerakkan tarbiah dan dakwah di tempat saya menuntut. Semasa di sekolah menengah, saya terlibat dalam BADAR. Badan Dakwah dan Rohani di SMKA Sik. Berkat usaha senior-senior dan guru-guru agama, usrah dijalankan setiap minggu walaupun menghadapi pelbagai kekangan.
Saya masih ingat di sekolah, setiap hari jumaat semasa muslimin ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Kaum hawa berkumpul di surau Raudhatul Abrar untuk mendengar pengisian dan tazkirah oleh kakak-kakak yang telah diberi mandat untuk mengelolanya. Dalam pengisian tersebut, pelbagai ilmu dan info baru yang diterima khususnya membincangkan mengenai hal ehwal muslimat. Sungguh berminat saya ketika itu. Sehinggalah apabila saya menjadi senior, saya pula menggantikan kakak-kakak tersebut untuk memberi pengisian. Alhamdulillah, berkat tarbiah ustazah dan kakak-kakak yang dekat hatinya pada Allah s.w.t.
Biarpun begitu, hari makin hari berlalu..tarbiah kepada rakan-rakan dan adik-adik terus berjalan..adakala meningkat dan adakala menurun..dari segi bilangannya.Bila sedikit yang hadir, mula rasa kecewa dan putus asa. Tercari-cari dimana silapnya. Pada saat itu, dapat dirasakan fikrah yang ada pada para pelajar yang bersekolah agama masih belum jelas dan perlu diberi penekanan. Walaupun besekolah di sekolah yang menekankan perihal agama namun masalah aurat, couple, buli dan sebagainya masih wujud. Budaya ini jelas membuktikan fikrah para pelajar belum jelas.
Alhamdulillah, dengan bantuan dan berkat doa para asatizah dan sahabat-sahabat seperjuangan.. pengisian dan tazkirah terus berjalan bagi mengisi kelompangan yang ada. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan, mengisi papan-papan kenyataan dengan bahan-bahan ilmiah, edaran fliers, terbitan buku buat muslimat secara bulanan (saya masih ingat harganya RM2.00 senaskhah), memasang lagu-lagu nasyid pada hujung minggu di PA System asrama. Paling kemuncak, program Malam Inspirasi Seni Astrimasi (MISA). Lebih kurang malam kebudayaan asrama puteri. Hanya muslimat yang terlibat dalam program ini. Antara objektifnya mengeratkan ukhuwwah sesama senior dan junior.
Program ini tercetus hasil perbincangan beberapa orang rakan. Kami bersepakat berjumpa warden dan membentangkan rancangan kami. Lantaran isu masalah senior dan junior yang sering melanda, kami mengemukakan cadangan. Dalam pr0gram ini, adanya persembahan mengikut d0rm. Mahu tidak mahu, junior dan senior harus bersepakat dan bekerjasama untuk memastikan persembahan yang terbaik pada malam berkenaan.Juri adalah dalam kalangan warden perempuan juga.
bersambung..
0 comments:
Post a Comment