Tuesday, October 30, 2012
Bila Allah hadiahkan tudung labuh untuk kita,,jangan abaikan..peliharalah maruah diri, jaga diri daripada maksiat.. Maksiat hati yang orang lain tak dapat membacanya sedang Allah mengetahui apa yang kita fikir dan rasakan.. Allah tahu tatkala hati berbisik...Allah tahu apa yang terlintas dihati..Allah Maha Mengetahui..
Sekalipun terpalit rasa kesal, rasa kecewa, rasa lemah. Tiada satupun rahsia hati yang dapat kita sembunyikan dari DIA. Maka, jangan sesekali cuai. Menjaga tudung. Samalah juga dengan menjaga diri. Tudung labuh dapat menjadikan aurat tutup dengan sempurna. Menjaga hati, tutuplah/ bataslah daripada memikirkan perkara-perkara lagha. Hati yang hidup mengingati Allah pasti mendapat pujianNYA dan disayangi.
Bagaimana kita menjaga tudung labuh yang dihadiahkan Allah, begitulah juga kita dalam menjaga hati supaya sentiasa bersih. Kadang-kadang terfikir kenapa sejak usia meningkat remaja, ilmu yang dipelajari susah untuk diingat. Ketara sekali apabila bacaan Al-Quran juga semakin susah untuk dihafal. Mungkin banyaknya dosa telah menutupi cahaya untuk masuk.
"Ilmu itu cahaya. Cahaya tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat"- Imam Al-Ghazali
Allahu rabbi..
*Bersyukurlah dengan hadiah ini wahai muslimah. Pertahankan,dan beristiqomahlah!!
*insyaaallahh...pesanan naqibah saya, bila nampak perempuan yang pakai tudung tetapi tidak menutup aurat dengan sepenuhnya.Jangan benci dia. Tapi doalah dia supaya dia juga dapat rasai nikmat yang kita rasai ini.
*Apabila nampak perempuan yang bertudung labuh, senyumlah! dan berdoa semoga diberi kekuatan untuk terus beristiqomah dengan hadiah inii..
== menulistanpasedar ==
Mungkin selama ini saya anggap tudung labuh itu hanya sekadar pakaian. Hakikatnya, ia jauh lebih dari itu.
Memang benar, "apa yang kita pakai tidak melambangkan siapa diri kita". TAPI
Siapa kita adalah apa yang kita pakai.
Thursday, October 11, 2012
Monday, October 8, 2012
Satu Perbualan untuk direnungi :
kakak : Adik, matching x baju & tudung ni?? pelikk x?
(sambil menggayakan baju berwarna koko,tudung warna putih)
Adik : Ok jerr.. (muka malas nak layan)
Kakak: ishkk..tengok la betul-betul..cepatlah,
Adik : Pakaii jerr, asalkan menutup aurat.
Kakak: gulp! =')
Alhamdulillah..selama ni xpernah terfikir camtu pun..hurm
Now, pakai apapun.. xjadi masalah. Asalkan Allah suka. ^^,
Jangan terlalu memikirkan pandangan manusia terhadap kita,
Sebaliknya fikirlah pandangan ALLAH terhadap kitaa.. T_T
Wednesday, October 3, 2012
Alhamdulillah,kerana cintaNYA,saya berpeluang bersama rakan-rakan bertalaqqi kitab Muhimmah di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Ipoh. Ilmu baru buat saya, umumnya kitab ini membincangkan bagaimana mencari keberkatan dalam rumah tangga.
Kehadiran amat memberangsangkan. Ramai yang hadir berbanding kuliah-kuliah lain mungkin disebabkan perkara yang dibincangkan sangat dekat dengan hati-hati mad'u. Mudah-mudahan dapat diteruskan komitmen seperti ini.
Hari ini hari pertama pengajian kitab Muhimmah. Bab pertama : Yang Ditakutkan Atas Tiap-tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya.
insyaallah, isinya saya akan update kemudian. Ada kerja yang perlu dilunaskan segera.
*Pengajian ini diadakan pada hari rabu, minggu yang pertama pada setiap bulan.
Sama-sama hadirkan diri, mengisi ilmu didada. Wallahua'lam

Tuesday, October 2, 2012
Assalamualaikum!
Beria benar saya berkongsi kisah sewaktu di bangku sekolah. Ya, ada sebabnya. Kerana pada minggu hadapan di IPG Ipoh akan diadakan Karnival Mahabbah yang juga melibatkan selebriti dan artis tanah air seperti Yatt Hamzah, Ustazah Fatimah Syarha dan kumpulan nasyid Devotees. Saya adalah salah seorang ahli Biro Kerohanian dan Moral. Insyaallah, bersama-sama jentera ini kami gerakkan untuk mencari dana.Program berlangsung pada 12,13 & 14 Oktober 2012 seperti banner di bawah :

bismillahirrahmanirrahim..menyambung penulisan yang lepas..
Alhamdulillah, konsert nasyid berjalan lancar dengan penuh gilang-gemilang..saya tak dapat nak gambarkan perasaan gembira tika itu. Sahabat-sahabat turut merasainya. Masing-masing tersenyum puas. Rasa gembira yang luar biasa. Rasa Allah sangat dekat, bantuanNYA..RahmatNYA..subhannallah. Program berjalan lancar dengan kekuatan daripadaNYA, dengan petolongan daripadaNYA..
Gambar kenangan bersama saf kepimpinan muslimat dan kumpulan nasyid sekolah
ditengah, Cikgu Norizan (Ketua Warden Perempuan) dan anak-anaknya.
Saudara Afnan,duduk tiga dari kanan merangkap pengarah program.
Julung-julung kalinya persembahan nasyid kumpulan In-Team di SMKA Sik.
Diringkaskan cerita, pada tahun 2008, sekali lagi kami mengorak langkah mencipta sejarah SMKAS buat kali keduanya menjemput kumpulan Nasyid Mestica. Malam Simfoni II. Alhamdulillah, kali ini walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi yang harus ditempuhi tetapi kami sudah ada pengalaman yang lepas. Tinggal hanya perbaiki dan atur strategi baru.Alhamdulillah, segala-galanya Allah bantu.Petang pr0gram yang kelihatan mendung seperti mahu hujan, tetapi dengan izin Allah s.w.t hujan tidak turun..kawasan yang berdekatan sekolah dibasahi hujan, namun di sekolah tiada setitik pun hujan. Berkat doa sahabat-sahabat yang hatinya ikhlas dan dekat dengan Allah s.w.t. Alhamdulillah..program begitu meriah sekali..sangat berpuas hati.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah..setelah lima tahun bersekolah di SMKA Sik pelbagai ilmu dan pengalaman yang diperoleh. Berbekalkan itu, saya menyambung pelajaran di SMA Makarimul Akhlak. Kurang lebih enam bulan di sana dengan cita-cita mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Namun, terkubur disitu kerana pada tarikh keramat 13.07.2009 saya menjejakkan kaki di bumi IPG Ipoh untuk mendaftarkan diri sebagai seorang guru pelatih. Dimana saja, Allah mengatur yang terbaik untuk saya.
Syukur di bumi IPG Ipoh ini saya mengenali usrah dengan lebih mendalam. Saya juga belajar erti tarbiah yang sebenarnya. Pada semester satu f0undation lagi, kami pelatih baru diserap masuk ke dalam Biro Kerohanian dan Moral. Ketika itu, saya dimasukkan ke dalam lujnah Tarbiah. Buat pertama kalinya saya mendengar nama lujnah seperti ini.Agak gugup dan gementar juga.Namun, lama-kelamaan berkat tarbiah dan tunjuk ajar senior-senior disini, saya mulai biasa dan senang untuk bergerak kerja.
Syukur Allah s.w.t memberi laluan yang seluas-luasnya untuk saya berada dalam biah yang baik seperti ini. Sahabat-sahabiah yang baik. Tidak lokek berkongsi ilmu dan buah fikiran. Sering mengambil berat antara satu sama lain. Semua ini nikmat yang tidak dapat saya tebus dengan apa-apa pun.Alhamdulillah,,syukur padaMu Ya Allah..

Gambar kenangan bersama ahli lujnah tarbiah,
Biro Kerohanian dan Moral IPG Ipoh
sesi 2010/2011
Syukur Allah s.w.t memberi laluan yang seluas-luasnya untuk saya berada dalam biah yang baik seperti ini. Sahabat-sahabiah yang baik. Tidak lokek berkongsi ilmu dan buah fikiran. Sering mengambil berat antara satu sama lain. Semua ini nikmat yang tidak dapat saya tebus dengan apa-apa pun.Alhamdulillah,,syukur padaMu Ya Allah..
Saya berasa sebak apabila memikir perjalanan hidup saya yang selalu Allah bantu dan lorongkan ke tempat yang baik. Allah terlalu baik buat saya. Namun adakah saya menggunakan nikmat ini sebaik mungkin? Ya Allah, banyaknya d0sa sedangkan rahmat Allah terus-terusan melimpahi hambanya..
Insyaallah, sahabat yang bersama-sama saya sewaktu di sekolah dulu..ukhti Sakinah Sofiuddin, ukhti fatimah Bukhari, Ukhti Syahida Haji Jamil, Ukhti Zur Aida Ahmad, Ukhti Asma' Afifah dan ramai lagi untuk dicoretkan di sini..
semasa di SMA Makarimul Akhlak, Ukhti Mardiah, ukhti farhana, ukhti adilah, ukhti hawa, ukhti huda, ukhti habibah dan semua =)
sem0ga ukhuwwah kita kekal hingga ke syurga! saling mend0akan antara satu sama lain.. Merindui kalian saat susah dan senang..memori yang tercipta antara kita terlalu manis untuk dikenang..ya, kadang-kala menitis air mata mengenangkannya..sungguh,inilah nimat persahabatan dalam Islam!
Wassalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)