Thursday, March 28, 2013

Merancang mati untuk hidup!

Perancangan untuk hidup perlu.tetapi perancangan untuk mati LEBIH PERLU. Kerana kematian bukanlah sebuah pengakhiran tetapi suatu permulaan kehidupan yang hakiki dan abadi.

Adakah kamu gerun membaca statement ini "kematian bukanlah sebuah pengakhiran tetapi suatu permulaan kehidupan yang hakiki dan abadi" ?

Pasti berlegar2 difikiran dan benak,
Bersediakah kita utk menghadapi kehidupan yang hakiki ini.?? Berapa bakul bekal yg sudah siap nak dibawa dalam perjalanan yang tiada kesudahan ini..

Allahu.Allahu.Beristighfar panjang semuanya.............
 
saya ada temui jawapan dalam beberapa nota dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki, karya Ust Pahrol Mohd Juoi. Antara shortlist penulis yg saya kagum.
__________________________________________________________________________________
"Rancang semuanya atas niat taat kepada ALLAH.Susun segalanya berdasarkan prinsip syariat. Jangan melanggar batas-batas akhlak.Insyaallah segala2nya jadi ibadah."

"Apabila semuanya jadi ibadah, itulah juga amalan takwa. Takwa itukan bekalan menuju akhirat?"
___________________________________________________________________________________
"Kita mesti merangcang tahap kerohanian kita. Bagaimana iman kita, turun naiknya. Apakah amalan wajib dan sunat yang perlu kita laksanakan secara istiqomah dan indeks kerohanian kita meningkat dari semasa ke semasa."

"...Begitu juga dengan ilmu. Bagaimana menambah ilmu agama, kemahiran keibubapaan, pengurusan kewangan dan lain-lain bidang yang diperlukan untuk mengurus diri, keluarga dan kerjaya"
___________________________________________________________________________________
Hidup didunia bagaikan "dewan peperiksaan". Seluruh agenda hidup ini hakikatnya "jawapan" yang kita berikan kepada soalan-soalan di alam kubur dan di Mahsyar nanti. Keputusannya kita akan ketahui disana.

Ya,kubur kita boleh jadi;
muqoddimah taman-taman syura.boleh jadi juga;
untuk jurang-jurang neraka.Nauzubillah
___________________________________________________________________________________

MERANCANG MATI UNTUK "HIDUP",
Bukan sekadar bahan bacaan,lebih bermakna diterjemahkan sbg aplikasi dalam kehidupan nyata seorang insan yang bakal menuju gerbang kehidupan selepas kematian.








0 comments:

Post a Comment