Wednesday, September 5, 2012

Aidilfitri

Ucapan selamat menyambut aidilfiti
maaf zahir & batin
daripada Mohd Jamil sekeluarga kpd seluruh
muslimin & muslimat



lokasi : rumah tok di kg Lubuk Keriang,Langgar, Kedah Sejahtera =)

Thursday, July 26, 2012

Amali fotografi

Suka untuk saya berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai amali fotografi dalam subjek "Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran".

Kami diberi masa 30minit untuk keluar ke sekeliling kawasan kelas untuk mengambil gambar.



dan inilah hasilnya,,













itu sahaja, saya hanya menggunakan mobile phone sony Ericsson model k770i
dan diedit menggunakan photoscape~

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan

Alhamdulillah,sujud syukurku buatMU Tuhan..kini, aku masih diberi nikmat menghirup udara yg segar dan nyaman..menghirup wangian Ramadhan,menikmati keindahan berpuasa, kesejukan bersahur dan kedinginan tarawih..alhamdulillah,indahnya menjadi tetamu Ramadhan,,Alhamdulillah =) Semoga Ramadhan kali ini lebih baik amalannya dan lebih sempurna ibadah puasa..semoga Allah s.w.t menerima puasa kita (T__T)

R.A.M.A.D.H.A.N

Semasa liqa' usrah yg terakhir sebelum hadirnya bulan mulia ini.Naqibah (ketua usrah) kami meminta anak-anak buahnya membuat shortlist amalan menghidupkan bln Ramadhan. Antara yang menjadi pilihan hati saya ialah:

1.Tidak meninggalkan solat sunat tarawih & witir
2.Mengambil kesempatan bertahajjud semasa bangun sahur.
3.Elakkan pembaziran makanan semasa berbuka.
4.Solat sunat dhuha
5.Bacaan Al-Quran 30 jzk-1 bln
6.Bacaan Mathurat
7.Banyakkan beristighfar
8.Banyakkan berdoa

Buat rakan-rakan pembaca, anda bolehlah membuat shortlist anda sendiri.Mengikut kemampuan dan tidak terlalu berat.Yang penting berpanjangan dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Bukan kerana ikut-ikutan atau menunjuk-nunjuk pada orang.

Saya juga ingin berkongsi mengenai isi tazkirah zuhur yang disampaikan oleh pensyarah saya, Ust. Asad bin Awang mengenai imam Syafie. Kata imam Syafie, ada 3 perkara yang susah untuk kita lakukan, dan kita perlu buat.

1.Memberi sewaktu tiada
-maksudnya kita ada cukup2 sahaja tp kta ttp bantu org yg memerlukan.
-contohnya, Rasulullah membahagikan sebiju kurma kpd 2 bhgn. Wlupun sedikit ttp kita memberi kerana tangan yang di atas itu lebih mulia daripada tangan yang dibawah (tangan yg memberi lebih baik drp tangan yg menerima)

2.Lebih wara' ketika duduk seorang diri.
-Ertinya,ketika bersendirian imannya tetap dijaga bahkan lebih baik drp ketika berada di khalayak ramai.
-batin 1000x lebih baik daripa zahir..bukankah susah??

3.Hati tidak pernah mendoakan @ membisikkan perkara buruk terhadap orang lain.
-maksudnya,tiada perasaan iri hati terhadap kawan
-sentiasa berhusnulzon

itulah antara perkara yang sukar untuk dilakukan..

pertama sekali tulisan ini adalah hadiah untuk memperingati diri saya sendiri.Acapkali diri ini melakukan kesilapan dan dosa, moga diampunkan oleh Allah s.w.t.


Rasulullah s.a.w bersabda,
"Jika bulan Ramadhan tiba,pintu-pintu Syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu" (H.R Bukhari & Muslim)

Sunday, May 20, 2012

Pensil & kehidupan


Suatu petang dalam perjalanan pulang ke rumah,,saya meceritakan masalah yang dihadapi pada abah. Suasana dalam kereta memang sangat mengizinkan untuk kami berbual panjang. umi dari tadi menjadi pendengar setia perbualan kami. Kadang-kadang mencelah tika dirasakan perlu. Saya dan abah memang selalu begitu. Berkongsi cerita, pengalaman dan masalah bersama.

Saya : 'Abah,kakak rasa...bla..bla...bla..(secret).. (sangat panjang)' saya hampir menangis kerana terlalu sukar untuk hadapi saat itu. Ujian itu datang tanpa abah dan umi disisi. Saya tahu,walau umur sudah meningkat dewasa tetapi sukarnya untuk berdikari menghadapi sesuatu tanpa mereka.

kata abah :'kehidupan ini ibarat sebatang pensil..kita menulis dgn rentak kita sendiri..adakalanya tulisan kita cantik dan kemas,tetapi ada ketika tulisan kita bertukar comot dan hodoh..tulisan yang kemas ibarat kita sedang gembira dan berbuat baik manakala tulisan yang comot ibarat kita ditimpa masalah dan kesedihan,maka kita sebagai penulis berhak untuk memadam sgla kesedihan dan kesalahan yg dilakukan dengan memohon ampun pada Allah..anologinya kita memadam kembali tulisan comot tersebut dengan pemadam yg t'letak dihujung pensil tadi' mudahkan,,

Apabila kita merasa resah dan berd0sa,maka segeralah kembali mencari Allah..Jangan biarkan diri dalam lembah kehinaan. Orang mukmin itu sifatnya segera bertaubat apabila melakukan kesalahan dan sentiasa mengingati Allah tika diri dilimpahi nikmat kesenangan.. Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini bermanfaat pada kita semua.

'Ingatlah mukmin yang kuat lebih baik disisi Allah s.w.t dan lebih dicintaiNYA daripada mukmin yang lemah' wallahua'lam..

Terimalah Nikmat Yang Ada Dan Manfaatkanlah.

Berapa banyak nikmat yang tidak dapat dipancing dengan mensyukurinya kepada Allah,
ternyata tersembunyi di balik perkara-perkara yang tidak disukai,

Kelolaan nikmat Allah dengan mensyukuriNya,mentaatiNya.Nikmatlah air dengan meminumnya, berwudhuk dan mandi dengannya. Berselendanglah/berserbanlah dengan matatahari untuk menghangatkan diri & mendapatkan cahayanya.Mandilah dengan cahaya bulan untuk memperoleh keindahan & kesenangan. Petiklah buah-buahan, teguklah air dari sungai-sungai, pandangilah lautan, berjalanlah di atas gurun & padang pasir dan bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Manfaatkanlah anugerah keberkatan yang telah diberikan Allah kepada anda & jangan sekali-kali mengingkari nikmat Allah ini.

"Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu) kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka pula ialah org yg kufur ingkar" (An-Nahl : 87)

oleh itu,ambillah semua nikmat yang ada & terimalah dia dengan penerimaan yg baik, lalu bersyukurlah kpd Allah ats perkara tersebut.

petikan daripada kitab : LA TAHZAN, Jadilah Wanita Plg Bhagia. Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Hasbunallahu wani'mal wakil

Bila kudengar lolongan serigala

kurindu kepada serigala

tetapi bila kudengar suara manusia

aku hampir sahaja kehilangan kesedaranku

Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu dia menjumpai seorang anak kecil yang berumur 10 tahun sedang melaksanakan solat dengan kusyuk.Dia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya, kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya : "Anak siapa wahai anakku?" Anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian, dia mengangkat kepalanya dan berkata: "Wahai pak cik, saya seorang yatim piatu," Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata :"Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"

Anak kecil itu berkata :

"Apakah jika aku lapar,engkau memberiku makan? orang itu menjawab :"ya!"

Anak kecil itu bertanya lagi :

"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian,engkau akan memberiku pakaian? orang itu mengangguk dan mengatakan "ya!"

Anak kecil itu bertanya lagi :

"Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit? orang itu menjawab :" Wahai anakku aku tidak dapat melakukan itu"

Anak kecil itu bertanya lagi :

"Apakah engkau akan menghidupkan aku bila aku mati? " orang itu menggelengkan kepala :" Aku juga tidak sanggup"

Akhirnya, anak kecil itu berkata, wahai pak cik kalau demikian serahkanlah aku kepada :

"Tuhan Yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah Yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

"Dan Tuhan Yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

"Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;

"Dan (Dia lah) Yang mematikan daku, kemudian ia menghidupkan daku;

"Dan (Dia lah) Yang Aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;(Asy-Syua'ra: Ayat 78-82)

Lelaki itu diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata :" Aku beriman kepada Allah, barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kecukupan kepadanya "

sumber : La Tahzan "Jadilah Wanita Paling Bahagia" karangan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni