Sunday, October 27, 2013

Jualan Purdah

Assalamualaikum wbt

Buat pembaca sekalian, saya mengambil tempahan membuat purdah. Harga serendah RM 5 sehelai (tdk termasuk harga postage). sesiapa berminat boleh pm saya di talian 019-5075300 (Husna Jamil).

*Boleh request warna apa2 sahaja.

Syukran.


Sunday, September 8, 2013

Berangkatlah !

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap org ada bahagian dan posisi masing2 dlm menggerakkan usaha dakwah. Selaku khalifah dimuka bumi ini kita tdk dpt lari daripada amanah yg telah dipertanggungjawabkan kpd kita.

dari pagi sehingga ke petang,ada sahaja tugas dan kerja2 yg perlu dilunaskn shgga tiada ruang utk diri ini beristirehat.
dan shgga jasad ini terasa begitu letih dan lelah utk meneruskan saki-baki kerja utk esok hari.

Baru shj kepala diletak di atas bantal. satu message masuk.
"Perjumpaan pd mlm ini adalah WAJIB.Setiap org ada kerja msg2."

Saya membuka mata dan kembali memejam rapat. cuba mencari kekuatan."Allahu.." terasa begitu berat menerima arahan dlm keadaan diri terasa letih yang teramat sangat.

Esok ada observation pensyarah. Kerja. dan 24hours kerja. hatta menngadap fb, masih ada meeting online.

terngiang2 ayat 41,surah At-Taubah..yang sering dibacakan oleh shbt2 dlm liqa' usrah. Sering meniti dibibir-bibir murabbi tercinta. dan ayat ini tidak akan bermakna tanpa dibuktikan dengan amal.

“ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwa pada jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
(At Taubah, 9:41)

Hampir sahaja nafsu tidur menewaskan saya. Sahabat sebilik menegur, "Tak pergi meeting?"

"Pergi.." saya bangun perlahan2.Menggagahkan diri mencari kekuatan.Di dalam hati saya terus berdoa semoga Allah terus mengurniakan kekuatan buat saya melawan perasaan mengantuk dan lemah.

Di luar rumah,hujan renyai-renyai. Skuter hijau menjadi peneman sy utk malam ini. sy bisik pd diri "Ini adalah jihad!". Sem0ga Allah redha,
ya..! saya bangkit! untuk hari ini mungkin saya berjaya..esok,lusa belum pasti..

Sahabat2, doakan supaya kita semua istiqomah menjalankan amanah selaku khalifah Allah dimuka bumi ini.

[Siapalah sy utk menulis perihal dakwah dan istiqomah. Lihat shj kehidupan murabbitun yg hebat. Masa mereka, kerja mereka. Allah sahaja yg tahu. Sistematik dan praktikal.]

moral of the story ;
1. wlu ssh,wlu payah.Jika itu adlah seruan jihad, maka sambutlah dgn hati yg riang.
2.Pilih kwn yg baik. Shbt yg baik akan sentiasa membantu kita menunjukkan jalan yg Allah redha.
3.Persiapkan diri utk jd syabab yg dirindui Ummah.

Kita sebenarnya adalah permata. Permata yg harus digilap menyerlahkan kecantikan ISLAM.

Wallahu'alam.

Thursday, March 28, 2013

Hakikat perjuangan..

 Berkongsi untuk sama2 rasa dan menghayati ;
 
"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

kata2 ini telah mengetuk iman ana,,mmg benar..tarbiah bukan segalanya,,tp tnpa tarbiah segalanya sia2..

ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
ANDAI perjuangan ini mnjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yg tertarik pd ny

tp hakikat perjuangan bukan begitu,,
turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yg tdk trhingga..

ANDAI rebah >> bangkit semula
ANDAI terluka >> ingatlah janjinya

antara yang lainnya kata2 beliau:

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

"Saya berjanji akan menjadi orang yang istiqamah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk.
Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya."

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti."

bahan yang boleh di rujuk:
Judul Buku : How to be like Hasan Al Banna
Penerbit : DAR! Mizan
Penulis : Herry Nurdi
Waktu Terbit : Cetakan I, September 2006/Sya’ban 1427 H

Merancang mati untuk hidup!

Perancangan untuk hidup perlu.tetapi perancangan untuk mati LEBIH PERLU. Kerana kematian bukanlah sebuah pengakhiran tetapi suatu permulaan kehidupan yang hakiki dan abadi.

Adakah kamu gerun membaca statement ini "kematian bukanlah sebuah pengakhiran tetapi suatu permulaan kehidupan yang hakiki dan abadi" ?

Pasti berlegar2 difikiran dan benak,
Bersediakah kita utk menghadapi kehidupan yang hakiki ini.?? Berapa bakul bekal yg sudah siap nak dibawa dalam perjalanan yang tiada kesudahan ini..

Allahu.Allahu.Beristighfar panjang semuanya.............
 
saya ada temui jawapan dalam beberapa nota dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki, karya Ust Pahrol Mohd Juoi. Antara shortlist penulis yg saya kagum.
__________________________________________________________________________________
"Rancang semuanya atas niat taat kepada ALLAH.Susun segalanya berdasarkan prinsip syariat. Jangan melanggar batas-batas akhlak.Insyaallah segala2nya jadi ibadah."

"Apabila semuanya jadi ibadah, itulah juga amalan takwa. Takwa itukan bekalan menuju akhirat?"
___________________________________________________________________________________
"Kita mesti merangcang tahap kerohanian kita. Bagaimana iman kita, turun naiknya. Apakah amalan wajib dan sunat yang perlu kita laksanakan secara istiqomah dan indeks kerohanian kita meningkat dari semasa ke semasa."

"...Begitu juga dengan ilmu. Bagaimana menambah ilmu agama, kemahiran keibubapaan, pengurusan kewangan dan lain-lain bidang yang diperlukan untuk mengurus diri, keluarga dan kerjaya"
___________________________________________________________________________________
Hidup didunia bagaikan "dewan peperiksaan". Seluruh agenda hidup ini hakikatnya "jawapan" yang kita berikan kepada soalan-soalan di alam kubur dan di Mahsyar nanti. Keputusannya kita akan ketahui disana.

Ya,kubur kita boleh jadi;
muqoddimah taman-taman syura.boleh jadi juga;
untuk jurang-jurang neraka.Nauzubillah
___________________________________________________________________________________

MERANCANG MATI UNTUK "HIDUP",
Bukan sekadar bahan bacaan,lebih bermakna diterjemahkan sbg aplikasi dalam kehidupan nyata seorang insan yang bakal menuju gerbang kehidupan selepas kematian.








Hidup bagai mimpi

Hidup ini bagai dalam mimpi.
Bila kita terjaga? bila sudah di akhirat. Baru sedar rupanya dasyaat sungguh akhirat yg dijanjikan.

Dalam mimpi,kadang2 kita boleh create watak yg kita suka.Kita nak jadi apa, dan bagaimana.
So,dalam hidup kita boleh ikhtiarkan kita nak jadi apa dan bagaimana perwatakan yg kita nak.

Dalam mimpi, kadang2 kita memang xdapat nak handle. semua itu berlaku diluar kawalan kita.
Ya, dalam hidup apabila ssuatu yg berlaku diluar kawalan kita. Jangan panik. sebab itu semua telah tertulis di luh mahfuz sana sebelum kita dilahirkan ke dunia. Hebat kan rencana Allah s.w.t? =)

Dalam mimpi, bila apa yg kita nak xcapai. kita akan rasa lega sebaik terjaga dr tidur.
Oleh itu, jangan risau kalau di dunia ni kita takdapat apa yg kita nak. Namun, risaulah kalau di akhirat nanti kita xdapat apa yg kita nak. Kerisauan itu akan membantu kita bersungguh2 utk mencapai apa yg kita nak di akhirat nanti.Percayalah.

Dalam mimpi, kita rasa sakit dan pedih bila ada yang menyakiti atau kita terluka dan tercedera fizikal. Hakikatnya, bila kita terjaga semua itu hanya fana. Tak ada langsung kesan luka dan sakit.Itu hanya sementara. Jadi, bilamana ada menyakiti kita...melukakan hati kita, atau kita diuji rasa sakit dan tidak sihat. xperlu endah dgn smua itu.Ingatlah semua itu hanya sementara. Di akhirat nanti adalah kehidupan kita yang sebenar.

Tulisan di atas hanyalah falsafah hidup saya.Jangan ambil bulat2. Timbang dan nilai dgn kacamata ilmu, iman dan takwa. Perbetulakan saya, dan kongsikan ilmu kalian.

Merancang Mati untuk "Hidup"




Rugi bila ada xmanfaatkan

Bismillahirrahmanirrahim,

terabai blog yang 1 ini. Saya bukan PM Malaysia mahupun MB Kedah.Saya hanya seorang rakyat Kedah Sejahtera dan anak Malaysia tercinta. Tak sesibuk ahli2 politik,ahli falsafah dan segala mcam karier yg menuntut diri memperuntukkan masa terrrrlalu banyak utk tugas2 dan kerja2 itu.fuullstopee!

24 jam ALLAH bagi. kita buat apa? kamu? saya?! kamu boleh post banyak2 tntg kebaikan, keindahan dan kesyumulan ISLAM. saya??! ya,saya membaca..merenung, berfikir,muhasabah..then,meresap ke tangkaii hati konon kemudian hilang,lesap~ fuh,,itu sahaja.melayang entah kemana.

come on lah!!! kata pejuang ISLAM! setakat itu, bukan pejuang.pengecut namanya.Ayuh,buktikan dengan AMAL!. selalu bercakap begitu pada diri. cabar diri,kata nak syahid! rindu syahid yg mulia! tapi amalan xmacam org yg nakkan syahid. macammana nak makbul. =.=' (pening2).ni namanya berleter kt diri sendiri.

Saya bukan apa, dalam blog ni mcm kita bercakap dgn anak2 usrah.kita tak tahu siapa yg singgah dalam blog kita ni.Kalau ada yg baca,semoga tulisan ini memberi kebaikan untukknya.

Dunia sekarang, terlalu banyak peluang utk kita berdakwah.buku,blog,fb,twitter. semua tu terlalulah mudah, hanya dihujung jari kita berbanding dgn zaman dulu2.

Tapi masa kita pula xsempat nak setup utk semua ni.Rugi.Rugi ada blog xmanfaat utk dakwah.Rugi ada fb xmanfaat utk ISLAM. Rugi ada kereta xbwk utk kebaikan. Pendek kata, rugi semuanya klu bukan untuk ISLAM.


Saturday, January 12, 2013

Program pilihan


Assalamualaikum,,
Saya ada dua cadangan program di hujung minggu ini.

pertama :



Kedua :


Isi waktu yang berbaki dengan aktvt bermanfaat..
lillahi taala =)

"Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa kepadaNya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."    (Ali-Imran :102 )

Pencinta Usrah, Perindu Jannah!

entry kali ini mengenai usrah.


Saya tak tahu nak mula macam mana. sy0knya berusrah!! tapi saya tak tahu nak terjemahkannya macam mana. rasa sedap. enak. macam orang yang suka makan durian,,tapi dia tak tahu nak menggambarkan keenakan isi buah durian tu pada orang yang tak makan buah. (faham x? ^^)

sh0rtFilem t0mat0. & t0mat0 2.0.. sudah t0nt0n?? kalau belom cepat g00gle skrg.
tengok sendiri dan sekurang2nya boleh rasai manisnya berusrah.

setiap kali ada usrah, pasti saya gugup dan gelabah. kena study molek2. nanti kalau ada yg bertanya tak tahu nak jawab. hadam dulu tajuk yang nak disampaikan..saya akan rasa s0mething serba tak kena. macam nak bertemu dengan kekasih hati (wlupun sy tak pernah ada kekasih).

mestilah, apa yang nak dibawa itu adalah risalah nabi yang mulia. Pekerjaan menyeru kepada Allah s.a.w adalah sebaik2 pekerjaan. s0, kena lakukan bersungguh2. dlm minda saya dah plan perjalanan usrah untuk hari tersebut. setiap minggu akan ada sekali usrah dengan adik-adik. tapi kalau ada kekangan terpaksa ditunda ke hari laen. (tu yg xbest tue)

saya akan nervous dan rasa gugup itu akan hilang apabila melihat senyuman adik-adik dan berjabat tangan dengan mereka. Allahu rabbi..ini sunnah nabi.

Nanti saya akan kongsikan tips perjalanan usrah yang baik drp murabbi saya.

 *maaf, post kali ini sedikit tergantung

ini antara hasil  karya adik usrah..namanya Raudhah.. dia suka graphic..habis shj usrah pasti akan diupl0ad isi usrah ke dlm fb group Steady Bear (group usrah kami =).. boleh bantu rakan2 yg ada masyaqah hadir ke usrah..


dan lagi, karya Raudah mengenai adab bersahabat..ini sabagai tazkirah


Alhamdulillah..dedikasi untuk adik2 usrah saya yang sedang bercuti..tahun hadapan mereka semua akan menginjak ke tahun 1 ijazah.. sem0ga semangat mereka akan terus mengalir dalam perjuangan Islam.. semuanya k0s tesl dan sangat komit dengan usrah..tahniah dan truskan prestasi ini!!

Allah sedang melihat usaha kita,adik2..

H.A.M.I.D.A.H
S.A.B.I.R.A.H
S.A.R.A.H
N.A.J.I.H.A.H
R.A.U.D.H.A.H

&

Ukht E.Z.Z.A.H
(Our pre naqibah)

d0akan sem0ga kita kekal terus dijalanNYA

 * tapi saya tak pasti sampai bila saya akan terus beristiqomah. saya nak usrah ini hidup dalam jiwa saya, rakan2 saya dan anak2 saya nanti. siapapun ahli usrah kita, ingat mereka adalah permata yang Allah hadiahkan untuk kita sama2 merasai manisnya iman. bimbing dan bantu mereka untuk lebih dekat dengan Allah. Kasihkan mereka..ukhuwwah fillah abadan abada..