Monday, November 26, 2012
sempena cuti sekolah ni..bagi ibubapa yang mencari kem untuk anak-anak mereka,saya ada dua cadangan kem yang terbaik..seperti dibawah ni :
cubalah, pasti berbaloii.. =)
Saturday, November 24, 2012
hari ni sudah brapa kali kita beristighfar? mohon ampun kesalahan kita pada Allah..
banyak tau dosa kita....jgn kata sikit, nabi s.a.w beristighfar 70x sehari...kita lagilah kena lebih..
kita banyak dosa.... betol x??? (bila iman kuat kita mampu melakukan tp bila iman lemah ya Allah beratnya rasa nak memegang tasbih)
sekaranglah musim cuti tu. dan saya sedang mengalaminya bersama orang2 yang berkenaan.mungkin kamu yang membaca turut bercuti? saya xpasti. tapi apa yang pasti musim cuti juga satu ujian. ujian untuk mengisi masa kosong. masa lapang.. satu ujian yang mungkin kita tak perasan. sekarang sudah masuk dua minggu saya bercuti. j0m flash back apa yang sudah kita lakukan selama dua minggu yg telah berlalu ni....
alhamdulillah...masyaallah? atau ungkapan apa yg sesuai hasil flashback kita tadi tue. hmm..tak payah tepuk apa2, just soal hati..yang mana satu layak untuk kita..sekiranya alhamdulillah, senyumlah puas2..ucap syukur padanya. katakan pada diri tahniah krn dapat mengawal nafsu dan menundukkannya . sekiranya jawapannya adalah masyaallah,, cepat2 istighfar dan atur semula strategi baru utk membentuk modul baru untuk baki yang tinggal pada cuti semester ini..
*yang berangan nak hafal al-Quran (macam saya ni). kena kuat semangat. buat betul2. istiq0mah.
yang sudah hafiz/ah ulang semula bacaan setiap hari.
saya tak layak nak ajak sahabat2...saya seru diri saya. saya punya cita2. kalian juga punya cita2. Ayuh, jangan biarkan cita2 kita terkubur. mati xkenal usia. kena persiap sekarang.
jangan biarkan masa berlalu tanpa men'grab'nya. =)
duduk rumah.
usaha,tunaikan apa shj suruhan umiabah
usaha,rajen2buat kerjarumah
usaha,+++++++++
dan byk lg...
.
Saat ini bagaimana keadaan saudara kita di bumi Palestine? Gaza terutamanya.
saya tak tahu nk ungkap apa. Kalam apa yg sesuai utk menggambarkan suasana mereka disana.
Saya saudara mereka. Kamu juga bukan? tapi apa yg dapat sy bantu? apa sumbangan yg mampu sy hulurkan bg meringankan hujanan peluru itu? sy lemah. nk jadi tentera Al-Qasam pun xcukup kriteria.
T____T arghhh..sy buntu. buntu memikirkan apa penyelesaiannya. apa yg ptut sy lakukan.
lihat gambar ini dan hayatilah maksudnya... aduhai,syahdunya.
finally. saya dapat jgk penyelesaian. xpasti betul atau x. tapi harap2nya betul..lillahi taala
1st, saya (Nurul Husna Binti Mohd Jamil) kena berusaha sedaya upaya menjadi hamba Allah yang taat. Taat pada ajaran agama Islam. Sebab doa orang2 yang soleh mudah dimakbulkan Allah. tiada hijab. lagi pula Allah sayang dan cinta hambanya soleh. Saya nak. Saya nak Allah makbulkan doa2 saya. Doa2 untuk saudara2 saya.
saya nak. saya nak Allah makbulkan doa2 saya spt sy kecik2 dlu..T____T
pernah saya terfikir..doa sewaktu kecik selalu Allah perkenankan,,mungkin sbb hati masih bersih..x byk dosa macam sekarang..bila dah besar,,mcm2 benda yang msuk..fikiran/hati semua ada serangan viruss..
Ya Allah, rasa nk kembali ke zaman 90an..saya nak jadi berani, berani spt swaktu masa kecil saya. saya nak jadi tekun melakukan sesuatu spt saya tekun diwaktu kecil dahulu.
Untuk saudara2 Islam saya di bumi Gaza, saya malu . Malu sebab tak mampu menyumbang. xmampu membantu kalian disana. In shaa Allah, saya usaha apa yang termampu. Disana ada syahid. saya yakin dengan pertolongan Allah.
setiaptembakanhamasbesertadoakami~
Wednesday, November 7, 2012
Alhamdulillah~~ hari ni dah last paper eXam semester 4 ~~
Paper Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith menutup tirai sessi pembelajaran untuk semester ni..
Ini bermakna, tahun depan saya dan rakan-rakan yang sama batch akan menginjak ke tahun 3!!
Syukur Ya Allah!!
Rasa macam xpercaya pun ada. sebab dulu, masa mula-mula masuk maktab ni bukanlah pilihan saya.
tapi biiznillah, sekarang saya bakal memasuki tahun tiga. Magic! sungguh, ini suatu magic yang berada diluar fikiran saya. Hanya rasa syukur dan rasa diulit kasih sayangNYA...
Sayangnya Allah pada kita. Selalu bagi yang kita xminta..selalu sangat membuatkan kita terharu.
contoh depan mata. Malam tadi, saya dan kembaq saya hampir-hampir tekad tak nak makan.
sy cuba cek baki akaun bsn sy di ATM IPG IPOH. Mana tau ada rezeki kami.
Ya Allah. Saya terpana. macam mana baki boleh jadi banyak ni RM **.** dari mana datang duet ni??
Rezeki turun dari langitkah? saya tersenyum. terus saya bagiatu kembaq saya. Dia kata mungkin duet lawatan kelas hari tu. Saya diam. Rasanya duet tu saya dah guna.pelik. unik. dan terharu. Allah selalu bantu saya.
Pendek cerita. Malam ni Allah tak biarkan kami kelaparan. Skuter puteh terus dipecut ke Restoran Nur Tom Yam. Malam ini hidangan nasi goreng ayam dan air sirap ais jadi santapan. Kami makan dengan penuh nikmat. Terasa kasih sayang Allah sangat dekat. Betullah. "Aku adalah pada sangkaan hambaKu" jika kita bersangka baik pada Allah, maka baiklah natijahnya.
SayatahuAllahsayangsayadanandasemua~
Allah nno. 1 in my heart. tiada siapa blh ggu gugat. Allah.Allah and Rasulullah..
T__T Alhamdulillah..
Monday, November 5, 2012
masa utk membaca. berzikir.
bangun anak muda! (Anak muda itu adalah saya)
kamu telah lama di alam maya!
tutup. tutup segala pautan. fb terutamanya.
kini. masa utk membaca.
masa utk menikmati secangkir teh dan biskut gula! yummy!
selamat.selamat dunia. jika kamu selamat.
selamat mengawal diri. emosi. fikiran. soal hati dan perasaan.
jom. membaca.
bersihkan hati. membaca . dan berdoa
Allahumma ameen.
=) senyum untuk dunia & akhirat
Tuesday, October 30, 2012
Bila Allah hadiahkan tudung labuh untuk kita,,jangan abaikan..peliharalah maruah diri, jaga diri daripada maksiat.. Maksiat hati yang orang lain tak dapat membacanya sedang Allah mengetahui apa yang kita fikir dan rasakan.. Allah tahu tatkala hati berbisik...Allah tahu apa yang terlintas dihati..Allah Maha Mengetahui..
Sekalipun terpalit rasa kesal, rasa kecewa, rasa lemah. Tiada satupun rahsia hati yang dapat kita sembunyikan dari DIA. Maka, jangan sesekali cuai. Menjaga tudung. Samalah juga dengan menjaga diri. Tudung labuh dapat menjadikan aurat tutup dengan sempurna. Menjaga hati, tutuplah/ bataslah daripada memikirkan perkara-perkara lagha. Hati yang hidup mengingati Allah pasti mendapat pujianNYA dan disayangi.
Bagaimana kita menjaga tudung labuh yang dihadiahkan Allah, begitulah juga kita dalam menjaga hati supaya sentiasa bersih. Kadang-kadang terfikir kenapa sejak usia meningkat remaja, ilmu yang dipelajari susah untuk diingat. Ketara sekali apabila bacaan Al-Quran juga semakin susah untuk dihafal. Mungkin banyaknya dosa telah menutupi cahaya untuk masuk.
"Ilmu itu cahaya. Cahaya tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat"- Imam Al-Ghazali
Allahu rabbi..
*Bersyukurlah dengan hadiah ini wahai muslimah. Pertahankan,dan beristiqomahlah!!
*insyaaallahh...pesanan naqibah saya, bila nampak perempuan yang pakai tudung tetapi tidak menutup aurat dengan sepenuhnya.Jangan benci dia. Tapi doalah dia supaya dia juga dapat rasai nikmat yang kita rasai ini.
*Apabila nampak perempuan yang bertudung labuh, senyumlah! dan berdoa semoga diberi kekuatan untuk terus beristiqomah dengan hadiah inii..
== menulistanpasedar ==
Mungkin selama ini saya anggap tudung labuh itu hanya sekadar pakaian. Hakikatnya, ia jauh lebih dari itu.
Memang benar, "apa yang kita pakai tidak melambangkan siapa diri kita". TAPI
Siapa kita adalah apa yang kita pakai.
Thursday, October 11, 2012
Monday, October 8, 2012
Satu Perbualan untuk direnungi :
kakak : Adik, matching x baju & tudung ni?? pelikk x?
(sambil menggayakan baju berwarna koko,tudung warna putih)
Adik : Ok jerr.. (muka malas nak layan)
Kakak: ishkk..tengok la betul-betul..cepatlah,
Adik : Pakaii jerr, asalkan menutup aurat.
Kakak: gulp! =')
Alhamdulillah..selama ni xpernah terfikir camtu pun..hurm
Now, pakai apapun.. xjadi masalah. Asalkan Allah suka. ^^,
Jangan terlalu memikirkan pandangan manusia terhadap kita,
Sebaliknya fikirlah pandangan ALLAH terhadap kitaa.. T_T
Wednesday, October 3, 2012
Kehadiran amat memberangsangkan. Ramai yang hadir berbanding kuliah-kuliah lain mungkin disebabkan perkara yang dibincangkan sangat dekat dengan hati-hati mad'u. Mudah-mudahan dapat diteruskan komitmen seperti ini.
Hari ini hari pertama pengajian kitab Muhimmah. Bab pertama : Yang Ditakutkan Atas Tiap-tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya.
insyaallah, isinya saya akan update kemudian. Ada kerja yang perlu dilunaskan segera.
*Pengajian ini diadakan pada hari rabu, minggu yang pertama pada setiap bulan.
Sama-sama hadirkan diri, mengisi ilmu didada. Wallahua'lam
Tuesday, October 2, 2012
Beria benar saya berkongsi kisah sewaktu di bangku sekolah. Ya, ada sebabnya. Kerana pada minggu hadapan di IPG Ipoh akan diadakan Karnival Mahabbah yang juga melibatkan selebriti dan artis tanah air seperti Yatt Hamzah, Ustazah Fatimah Syarha dan kumpulan nasyid Devotees. Saya adalah salah seorang ahli Biro Kerohanian dan Moral. Insyaallah, bersama-sama jentera ini kami gerakkan untuk mencari dana.Program berlangsung pada 12,13 & 14 Oktober 2012 seperti banner di bawah :
Alhamdulillah, syukur Ya Allah..setelah lima tahun bersekolah di SMKA Sik pelbagai ilmu dan pengalaman yang diperoleh. Berbekalkan itu, saya menyambung pelajaran di SMA Makarimul Akhlak. Kurang lebih enam bulan di sana dengan cita-cita mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Namun, terkubur disitu kerana pada tarikh keramat 13.07.2009 saya menjejakkan kaki di bumi IPG Ipoh untuk mendaftarkan diri sebagai seorang guru pelatih. Dimana saja, Allah mengatur yang terbaik untuk saya.
Syukur di bumi IPG Ipoh ini saya mengenali usrah dengan lebih mendalam. Saya juga belajar erti tarbiah yang sebenarnya. Pada semester satu f0undation lagi, kami pelatih baru diserap masuk ke dalam Biro Kerohanian dan Moral. Ketika itu, saya dimasukkan ke dalam lujnah Tarbiah. Buat pertama kalinya saya mendengar nama lujnah seperti ini.Agak gugup dan gementar juga.Namun, lama-kelamaan berkat tarbiah dan tunjuk ajar senior-senior disini, saya mulai biasa dan senang untuk bergerak kerja.
Syukur Allah s.w.t memberi laluan yang seluas-luasnya untuk saya berada dalam biah yang baik seperti ini. Sahabat-sahabiah yang baik. Tidak lokek berkongsi ilmu dan buah fikiran. Sering mengambil berat antara satu sama lain. Semua ini nikmat yang tidak dapat saya tebus dengan apa-apa pun.Alhamdulillah,,syukur padaMu Ya Allah..
Saya berasa sebak apabila memikir perjalanan hidup saya yang selalu Allah bantu dan lorongkan ke tempat yang baik. Allah terlalu baik buat saya. Namun adakah saya menggunakan nikmat ini sebaik mungkin? Ya Allah, banyaknya d0sa sedangkan rahmat Allah terus-terusan melimpahi hambanya..
Insyaallah, sahabat yang bersama-sama saya sewaktu di sekolah dulu..ukhti Sakinah Sofiuddin, ukhti fatimah Bukhari, Ukhti Syahida Haji Jamil, Ukhti Zur Aida Ahmad, Ukhti Asma' Afifah dan ramai lagi untuk dicoretkan di sini..
semasa di SMA Makarimul Akhlak, Ukhti Mardiah, ukhti farhana, ukhti adilah, ukhti hawa, ukhti huda, ukhti habibah dan semua =)
sem0ga ukhuwwah kita kekal hingga ke syurga! saling mend0akan antara satu sama lain.. Merindui kalian saat susah dan senang..memori yang tercipta antara kita terlalu manis untuk dikenang..ya, kadang-kala menitis air mata mengenangkannya..sungguh,inilah nimat persahabatan dalam Islam!
Wassalam..
Sunday, September 30, 2012
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Mengenangkan dosa-dosa yang lalu, membuatkan hati yang keras menjadi lembut.. rasa senang menjadi hiba, sanggup dan tergamaknya kita melakukan perkara dusta sedangkan nikmat Allah sering melimpahi siang dan malam.tidak pernah putus walau sesaatpun..
Darah yang mengalir dengan lancar ke setiap organ badan, sistem penghadaman yang teratur, nikmat bernafas dengan selesa yang jarang sekali kita syukuri..Inilah namanya hamba. Hamba yang leka dan lalai dengan dunia. Nauzubillah.. bila harta jadi buruan, diletakkan di hati bukan di tangan. Hancurlah jiwa di dalam jasad,.
Bagaimana untuk mendapatkan ketenangan jiwa? Jiwa sebenarnya elemen penting dalam kehidupan. Jiwa yang bersih, kuat mampu menghadapi ujian dan dugaan dengan tabah dan cekal. Jiwa yang sihat dapat membantu kita berfikir dengan rasional. Jiwa yang bersih lahirnya dari keimanan dan kecintaan yang kuat terhadap Allah s.w.t.
Apakah tanda seseorang itu telah mencapai ketengan jiwa? Adakah dengan memiliki anak-anak yang ramai dan kesemuanya telah berjaya dalam bidang masing-masing. Atau adakah dengan memiliki rumah besar dan kereta mewah..Atau adakah berjaya mendapat PHd itu dikatakan mendapat ketenangan jiwa? Adakah itu ukuran seseorang yang mendapat ketenangan jiwa??
Muslimin muslimat, mukminin mukninat,
Tanda seseorang yang mencapai ketenangan jiwa adalah dengan rasa syukur yang sering dizahirkan kepada Tuhannya saat menerima apa sahaj daripada Tuhannya..Samada dikurniakan kesenangan ataupun ditimpa ujian... rasa syukur yang membaluti hamba itu sebenarnya menunjukkan ketenangan jiwa yang telah dirasainya.. Insan, harus menerima takdir, ketentuan yang telah ditetapkan Tuhannya..Redha dengan setiap perhitungan..kerana DIA tahu apa yang diperlukan oleh hambanya..
Jangan gusar dan cemburu dengan rezeki orang lain..kerana Allah tahu apa yang diperlukan oleh kita.. DIA yang menciptakan kita.. Setiap manusia ada bahagian rezekinya masing-masing. Jadi, jangan ada sifat iri hati melihat orang lain lebih kaya daripada kita. lebih cantik dan bergaya daripada kita. lebih bijak dan cerdik daripada kita..kerana itu rezeki mereka..dan rezeki kita juga telah tersedia olehNYA..yang terbaik untuk tiap-tiap hambaNYA,
Wallahua'lam
Wednesday, September 5, 2012
Thursday, July 26, 2012
Kami diberi masa 30minit untuk keluar ke sekeliling kawasan kelas untuk mengambil gambar.
dan diedit menggunakan photoscape~
Wednesday, July 25, 2012
Alhamdulillah,sujud syukurku buatMU Tuhan..kini, aku masih diberi nikmat menghirup udara yg segar dan nyaman..menghirup wangian Ramadhan,menikmati keindahan berpuasa, kesejukan bersahur dan kedinginan tarawih..alhamdulillah,indahnya menjadi tetamu Ramadhan,,Alhamdulillah =) Semoga Ramadhan kali ini lebih baik amalannya dan lebih sempurna ibadah puasa..semoga Allah s.w.t menerima puasa kita (T__T)
2.Mengambil kesempatan bertahajjud semasa bangun sahur.
3.Elakkan pembaziran makanan semasa berbuka.
4.Solat sunat dhuha
5.Bacaan Al-Quran 30 jzk-1 bln
6.Bacaan Mathurat
7.Banyakkan beristighfar
8.Banyakkan berdoa
Saya juga ingin berkongsi mengenai isi tazkirah zuhur yang disampaikan oleh pensyarah saya, Ust. Asad bin Awang mengenai imam Syafie. Kata imam Syafie, ada 3 perkara yang susah untuk kita lakukan, dan kita perlu buat.
-maksudnya kita ada cukup2 sahaja tp kta ttp bantu org yg memerlukan.
-contohnya, Rasulullah membahagikan sebiju kurma kpd 2 bhgn. Wlupun sedikit ttp kita memberi kerana tangan yang di atas itu lebih mulia daripada tangan yang dibawah (tangan yg memberi lebih baik drp tangan yg menerima)
2.Lebih wara' ketika duduk seorang diri.
-Ertinya,ketika bersendirian imannya tetap dijaga bahkan lebih baik drp ketika berada di khalayak ramai.
-batin 1000x lebih baik daripa zahir..bukankah susah??
3.Hati tidak pernah mendoakan @ membisikkan perkara buruk terhadap orang lain.
-maksudnya,tiada perasaan iri hati terhadap kawan
-sentiasa berhusnulzon
itulah antara perkara yang sukar untuk dilakukan..
pertama sekali tulisan ini adalah hadiah untuk memperingati diri saya sendiri.Acapkali diri ini melakukan kesilapan dan dosa, moga diampunkan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Jika bulan Ramadhan tiba,pintu-pintu Syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu" (H.R Bukhari & Muslim)
Sunday, May 20, 2012
Suatu petang dalam perjalanan pulang ke rumah,,saya meceritakan masalah yang dihadapi pada abah. Suasana dalam kereta memang sangat mengizinkan untuk kami berbual panjang. umi dari tadi menjadi pendengar setia perbualan kami. Kadang-kadang mencelah tika dirasakan perlu. Saya dan abah memang selalu begitu. Berkongsi cerita, pengalaman dan masalah bersama.
Saya : 'Abah,kakak rasa...bla..bla...bla..(secret).. (sangat panjang)' saya hampir menangis kerana terlalu sukar untuk hadapi saat itu. Ujian itu datang tanpa abah dan umi disisi. Saya tahu,walau umur sudah meningkat dewasa tetapi sukarnya untuk berdikari menghadapi sesuatu tanpa mereka.
kata abah :'kehidupan ini ibarat sebatang pensil..kita menulis dgn rentak kita sendiri..adakalanya tulisan kita cantik dan kemas,tetapi ada ketika tulisan kita bertukar comot dan hodoh..tulisan yang kemas ibarat kita sedang gembira dan berbuat baik manakala tulisan yang comot ibarat kita ditimpa masalah dan kesedihan,maka kita sebagai penulis berhak untuk memadam sgla kesedihan dan kesalahan yg dilakukan dengan memohon ampun pada Allah..anologinya kita memadam kembali tulisan comot tersebut dengan pemadam yg t'letak dihujung pensil tadi' mudahkan,,
Apabila kita merasa resah dan berd0sa,maka segeralah kembali mencari Allah..Jangan biarkan diri dalam lembah kehinaan. Orang mukmin itu sifatnya segera bertaubat apabila melakukan kesalahan dan sentiasa mengingati Allah tika diri dilimpahi nikmat kesenangan.. Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini bermanfaat pada kita semua.
'Ingatlah mukmin yang kuat lebih baik disisi Allah s.w.t dan lebih dicintaiNYA daripada mukmin yang lemah' wallahua'lam..
Terimalah Nikmat Yang Ada Dan Manfaatkanlah.
Berapa banyak nikmat yang tidak dapat dipancing dengan mensyukurinya kepada Allah,
Berapa banyak nikmat yang tidak dapat dipancing dengan mensyukurinya kepada Allah,
ternyata tersembunyi di balik perkara-perkara yang tidak disukai,
Kelolaan nikmat Allah dengan mensyukuriNya,mentaatiNya.Nikmatlah air dengan meminumnya, berwudhuk dan mandi dengannya. Berselendanglah/berserbanlah dengan matatahari untuk menghangatkan diri & mendapatkan cahayanya.Mandilah dengan cahaya bulan untuk memperoleh keindahan & kesenangan. Petiklah buah-buahan, teguklah air dari sungai-sungai, pandangilah lautan, berjalanlah di atas gurun & padang pasir dan bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Manfaatkanlah anugerah keberkatan yang telah diberikan Allah kepada anda & jangan sekali-kali mengingkari nikmat Allah ini.
"Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu) kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka pula ialah org yg kufur ingkar" (An-Nahl : 87)
oleh itu,ambillah semua nikmat yang ada & terimalah dia dengan penerimaan yg baik, lalu bersyukurlah kpd Allah ats perkara tersebut.
petikan daripada kitab : LA TAHZAN, Jadilah Wanita Plg Bhagia. Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Kelolaan nikmat Allah dengan mensyukuriNya,mentaatiNya.Nikm
"Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu) kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka pula ialah org yg kufur ingkar" (An-Nahl : 87)
oleh itu,ambillah semua nikmat yang ada & terimalah dia dengan penerimaan yg baik, lalu bersyukurlah kpd Allah ats perkara tersebut.
petikan daripada kitab : LA TAHZAN, Jadilah Wanita Plg Bhagia. Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Bila kudengar lolongan serigala
kurindu kepada serigala
tetapi bila kudengar suara manusia
aku hampir sahaja kehilangan kesedaranku
Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu dia menjumpai seorang anak kecil yang berumur 10 tahun sedang melaksanakan solat dengan kusyuk.Dia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya, kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya : "Anak siapa wahai anakku?" Anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian, dia mengangkat kepalanya dan berkata: "Wahai pak cik, saya seorang yatim piatu," Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata :"Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"
Anak kecil itu berkata :
"Apakah jika aku lapar,engkau memberiku makan? orang itu menjawab :"ya!"
Anak kecil itu bertanya lagi :
"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian,engkau akan memberiku pakaian? orang itu mengangguk dan mengatakan "ya!"
Anak kecil itu bertanya lagi :
"Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit? orang itu menjawab :" Wahai anakku aku tidak dapat melakukan itu"
Anak kecil itu bertanya lagi :
"Apakah engkau akan menghidupkan aku bila aku mati? " orang itu menggelengkan kepala :" Aku juga tidak sanggup"
Akhirnya, anak kecil itu berkata, wahai pak cik kalau demikian serahkanlah aku kepada :
"Tuhan Yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah Yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
"Dan Tuhan Yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
"Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;
"Dan (Dia lah) Yang mematikan daku, kemudian ia menghidupkan daku;
"Dan (Dia lah) Yang Aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;(Asy-Syua'ra: Ayat 78-82)
Lelaki itu diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata :" Aku beriman kepada Allah, barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kecukupan kepadanya "
sumber : La Tahzan "Jadilah Wanita Paling Bahagia" karangan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Monday, April 23, 2012
Sahabat-sahabat. Satu perkara yang saya nak kongsi disini. KITA KENA KUASAI BANYAK BAHASA (Multilingual). Saya yakin anda semua sudah sedia maklum kepentingannya. Saya juga pernah terfikir dan memasang angan-angan untuk mahir dalam b.arab. anda juga mesti ada bahasa yang ingin anda kuasai bukan? spt b.korea? jepun? dan yang utama sekarang b.inggeris? ohh.tidak. saya sangat lemah b.inggeris.
alkisah terjadi pada suatu petang. Saya menaiki bas dari Alor Setar ke Butterworth. Kemudian dari Butterworth ke Ipoh. Bas lompat-lompat. Tiket dari Alor Setar terus ke Ipoh sudah habis, jadi inilah satu-satunya cara bagi mengatasi masalah untuk sampai juga kedestinasi yang dituju.
Dalam perjalanan, saya cuba menggunakan masa yang ada dengan menyiapkan assignment di dalam bas. Hal ini kerana, kesuntukkan masa yang ada kerana esok hari assignment perlu dihantar. Tanpa saya sedari, ada seseorang sedang memerhati saya dari arah belakang. rupanya dia bukan orang Malaysia, tetapi mat salleh. saya tak tahu dia daripada negara mana. yang pasti dari benua Eropah. Bumi kanggaroo.
"wah, kamu menulis dalam bahasa arab" sapanya dari arah belakang. Anehnya, dia fasih berbahas arab.
"ya, saya tahu sedikit-sedikit sahaja" balas saya spontan.
"tetapi bahasa kamu amat bagus" puji beliau sambil memerhati tulisan saya di skrin laptop.
"memang la bagus, ini tulisan ustaz saya.saya cuma meng'edit'nya sahaja" (berkata saya dalam hati)
ya Allah, andai saya mahir berbahasa mahu sahaja saya memanjangkan kalam. boleh bertukar-tukar pandangan dengannya mengenai budaya, bangsa yang banyak bezanya. Yang utama dapat saya berdakwah dan ceritakan tentang kebenaran Islam. Malangnya, kalam saya terhenti disitu. Dia cuma tersenyum dan berlalu pergi membiarkan saya meneruskan kerja. Dalam hati, saya rasa malu dan rugi. Malu kerana tidak tahu berbahasa sedangkan banyak peluang-peluang yang ada untuk saya tingkatkan kemahiran bahasa arab khususnya. Kedua, rugi sebab tidak boleh meneruskan perbualan.
Minda saya melayang sejenak. sampai ke Baitullahil haram, saya berangan-angan menunaikan umrah.bertawwaf. dan dalam pada itu, saya berfikir bagaimana dakwah ini akan meluas sekiranya masalah komunikasi ini berlaku? penghalang pemindahan proses maklumat. Nanti disana, saya akan menemui ramai orang dari pelbagai negara, benua dan bangsa. Bagaimana harus saya menghadapi mereka tanpa boleh bertanya khabar dan bertaaruf sesama saudara saya. pasti rasa kecewa. Menemui saudara sendiri dengan hanya mampu tersenyum. Ianya suatu kerugian.
Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk memperkemaskan b.arab yang sedia ada. untuk masa hadapan umat islam. bagi sahabat-sahabat saya yang mahir berbahas inggeris untunglah kalian sudah berjaya memecah tembok penghalang menyampaikan dakwah kepada golongan berkulit puteh. Insyaallah,ayuh sama-sama berusaha tingkatkan penguasaan bahasa!
Wednesday, April 18, 2012
Malam-malam begini tiba-tiba dikejutkan bunyi mercun. esok hari apa? soal hati kebingungan. rasanya tiada sambutan perayaan mana-mana kaum mahupun agama.mungkin mahu menghabiskan stok raya yang lepas. berhusnulzon sahaja. hidup dikelilingi masyarakat berbilang kaum. majoritinya india dan cina. satu kelebihan? atau satu kesusahan? pilihan di tangan kita bukan?. buat apa mahu susahkan diri, ISLAM itu syumul. kepada semua orang perlu berbuat baik hatta pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan pun.ohh..indahnya Islam.
Tuesday, April 17, 2012
Pertama sekali, saya mahu menyatakan hati saya sangat benci kepada negara Barat khususnya Amerika. Amerika. mereka telah mendoktrinkan perkara yang diharamkan oleh Islam menjadi halal. Contoh mudah, couple, arak, dedah aurat, menonton video lucah, menyertai pertandingan ratu cantik. (saya rasa sedang dirasuk oleh tulisan Emine Syenlikoglu).
anda tahu? berapa ramai masyarakat muda-mudi hari ini berbangga dengan pakaian barat, fesyen terkini artis-artis mereka. Semua ini menyesatkan kita umat ISLAM!. Mereka cuba menerobosi tembok kita. Tembok menjaga segala etika dan syariat Islam. Muslimah kita, habis rosak dengan fesyen tudung yang ntah apa2. sedikit demi sedikit mereka cuba mencucuk jarum membina lubang. Lubang yang kecil akhirnya menular merebak menjadi besar, melibatkan isu aqidah pula.
anda jangan terpedaya,mereka punya tipu muslihat. Negara-negara Islam tidak dibenarkan untuk menjalankan industri jentera berat seperti jet pejuang, kereta kebal. Bahkan hanya mengawal kita supaya tumpu kepada bahan mentah seperti kapas, biji-bijian dan seumpamanya. Pernahkah anda terfikir mengapa? mereka cuba mengongkong kita. Supaya kita sentiasa berada dibawah mereka. Ahh! saya tidak peduli. Allah lebih berkuasa daripada mereka. Sebenarnya, merekalah pengecut! mereka boleh menakhluk palestin dengan tangan angkuh menggunakan segala teknologi canggih. Memang adat, orang yang kuat fizikal akan menang dengan orang yang lemah. Kalau benar handal, mengapa tidak lawan sesama kuat.
Semua ini mengarut. Amerika! mencipta segala alatan canggih. untuk apa? dan untuk siapa? untuk siapa mengeluarkan pistol-pistol? mencipta bom-bom? untuk siapa lagi kalau bukan untuk umat Islam. KAMI UMAT ISLAM TIDAK PERNAH BERFIKIR UNTUK MENGHAPUSKAN NON-MUSLIM. TETAPI KAMI HANYA TAHU BERFIKIR BAGAIMANA UNTUK MENYELAMATKAN KAMU DARIPADA API NERAKA. Ini yang nabi kami ajarkan.
Ohh..beginikah cara pemikiran barat? sungguh bertamadun. Mahu umat Islam saling bermusuhan, berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Anda nilai sendiri, manakah yang baik dan mana yang buruk!
Wahai saudara-saudara seaqidahku, aku tidak mahu mengajarkan yang salah. Kita perlu sedar diri! umat Islam dalam bahaya. Dari dahulu sehingga kini, bahkan saat ini kita diserang dari semua arah. bertubi-tubi. tanpa henti. dari segenap penjuru arah. Pasti ada yang gugur dan jatuh. Jatuh sebagai syahid. itu satu kemuliaan. tetapi ada yang jatuh berputus asa dari rahmat Allah! satu penghinaan!
Allahumma, ya muqallibal qulub..thabbit qulubana a'la dinik wa a'la toatiq wa a'la jihadi fisabiliik
pesanku buat diri dan semua : kita perlu menjaga diri, keluarga,dan sahabat-sahabat kita. jangan biar hanyut, jauh daripada Allah.Jaga. jaga. dan jaga.Jagalah jangan sampai tersasar ke neraka. nauzubillah min zalik
to non-muslim : anda perlu tahu agama ISLAM bukan terrorist. kami sekali-kali tidak diajar begitu. semua ini prejudis. sikap orang barat yang suka menyebarkan sesuatu tanpa usul periksa.hanya untuk kepentingan mereka. anda perlu nilai, dan buatlah keputusan..disana pasti anda temui.
~orang yang waras pasti kembali kepada ajaran ISLAM~
wallahi,lillahi taala
Monday, April 16, 2012
malam ini saya tidak dapat melelapkan mata kerana fikiran saya terganggu. bimbang. dan risau kerana masih ramai diluar sana yang berfahaman ateis. andai saya sebagai orang islam yang tahu dan beriman bahawa Allah s.w.t itu wujud dan ada. kenapa tidak saya kongsikan bersama anda.
fahaman ateis menafikan kewujudan tuhan. Hal ini sangat melampau dan diluar fitrah/tabii seorang manusia yang memerlukan tuhan.
cuba anda perhatikan, terdapat bukti2 yang boleh saya kemukakan disini melalui hasil pembacaan saya :
1.sekiranya Tuhan tidak wujud. bagaimana kita boleh wujud sekarang?
-mustahil dengan sendirinya.
*dengar sini baik-baik, tidak pernah wujud istilah KEBETULAN dalam mana-mana ilmu sekalipun.
sebagai contoh, cuba kita perhatikan. kandungan oksigen hanya mengandungi 21% dalam ruang udara,sekiranya terlebih secara automatik kita semua terbakar dan sekiranya berkurangan, kita tidak dapat bernafas. nah,siapakah yang mengaturkan semua ini? mungkinkah secara kebetulan??
lagi, cuba kita fikirkan aliran darah dalam tubuh kita. sekiranya titisan darah yang mengalir dalam badan kita membeku dalam takungannya walaupun sebesar ibu jari, pasti ada anggota yang terasa kebas @ mengalami kesakitan teruk.Kadang-kadang, masalah aliran darah yang tersumbat pada mana-mana anggota yang mengakibatkan kesakitan teruk terpaksa dipotong.
lagi,cuba perhatikan baik-baik.dalam tubuh kita mempunyai banyak organ. dalam dalam organ mempuyai berjuta-juta sel. dan siapakah yang telah mencipta berjuta-juta sel itu? dan bagaimana ia diciptakan?
terbukti, jasad kita direka dengan unik sekali hingga doktor-doktor yang mengkaji mata manusia sahaja memerlukan masa sekitar 16 hingga 17 tahun bagi menjadi pakar dalam bidang tersebut.
-tidak munasabah, jika mereka dikatakan mengkaji benda-benda yang terjadi secara kebetulan dengan jangka masa yang begitu lama hanya utk menjadi pakar. bukankah ianya satu pekerjaan yang sia-sia? sudah satu kebetulan, kenapa perlu dikaji lagi?
saya yakin dan pasti banyak lagi fakta-fakta yang anda hafal dan terakam kemas dalam memori anda mengenai keanehan penciptaan makluk dibumi ini. Bukan itu sahaja bahkan aturan bumi ini, seolah-olah diprogramkan setelah malam adanya siang dan begitu juga dengan semua kejadian dialam ini bahkan dialam yang lain. Pasti dan pasti Tidak ada satupun berlaku secara kebetulan.
rakan-rakan yang saya kasihi. Sebenarnya, saya bersimpati. dan rasa sedih. Seharusnya, setiap orang yang berfikiran waras pasti akan kembali kepada ajaran ISLAM. sebenarnya, ajaran ISLAM adalah asal dan fitrah kita.cukup. itu saja yang mahu saya sampaikan hari ini.
cuba renung dan fikir. Apa tujuan kita diciptakan dan bagaimana pengakhiran hidup kita? semua itu terjawab dalam ISLAM.ingat,ISLAM is the way of life.